Ahad, 11 Oktober 2015

Dilahirkan Di Badan Yang Salah: Video Bagaimana Seorang Perempuan Menjadi Lelaki Dalam Masa 3 tahun

YouTuber British Jamie Raines mencipta sebuah video yang kini telah mencapai hampir 5 juta penonton. Video viral menunjukkan peralihan Jamie dalam masa 3 tahun dengan terapi penggantian hormon (HRT).



Jamie sepatutnya melakukan tranformasi hanya dalam masa setahun, tetapi bulu muka atau kumis beliau tidak juga tumbuh pada akhir tahun pertama. Beliau terpaksa melakukan HRT dengan lebih lagi.

Orang Transgender mengalami ketidaksepadanan antara identiti jantina mereka atau jantina. Ramai orang transgender percaya bahawa mereka dilahirkan dalam badan yang salah dan mereka ingin menjadi apa yang mereka 'mahukan mengikut naluri masing-masing. Transformasi yang menakjubkan Jamieberkongsi bagaimana beliau mengubah dirinya mengikut kehendaknya sendiri iaitu daripada seorang perempuan cantik menjadi lelaki yang berjanggut dan bermisai.


Selain daripada terapi penggantian hormon, Jamie juga mempunyai prosedur mastektomi dan pembentukan semula dada. Dia mendakwa bahawa dia telah menjadi 'kurang emosi' sekarang, selepas semua prosedur yang dia lakukan.

Kini Jamie berusia 21 tahun, Jamie telah bercinta selama 4 tahun bersama teman wanitanya Shaaba. "Kami berkawan selama setahun sebelum saya bertukar menjadi lelaki," jelas beliau. "Kami telah bersama selama hampir empat tahun sekarang dan dia adalah satu-satu orang yang memberi sokongan yang paling besar terhadap perubahan keseluruhan diri saya."

Sumber YouTube

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Dilahirkan Di Badan Yang Salah: Video Bagaimana Seorang Perempuan Menjadi Lelaki Dalam Masa 3 tahun
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?