Memaparkan catatan dengan label Ilmiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmiah. Papar semua catatan

Rabu, 26 Jun 2013

Apa itu Syiah?


Apa itu syiah? yang jelas asal usul Syiah itu dari Iran dan yang pastinya janganlah kita yang berfahaman ahli sunnah wal jamaah mengamalkan ajaran Syiah. Mereka bukan Ahli Sunnah. Sila baca penjelasan di bawah yang dikirim melalui email kepada saya oleh HAJIZED ABDULLAH, mengenai SYIAH;


1. LATAR BELAKANG


Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.


2.1 Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :


a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.


b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.


c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.


2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu :


a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)


Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.


b) Syiah Ismailiah


Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.


c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah


Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.


2. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR


Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :


3.1 Pusat Pengajian Tinggi


Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.


3.2 Orang Awam


Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.


3.3 Menubuhkan Persatuan


Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.


4 PENYELEWENGAN SYIAH


Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:


4.1 Imam Adalah Maksum


Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.


4.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati


Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.


Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83


4.3 Berpura-Pura


Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal


4.4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan


Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197


4.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah


Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358


4.6 Menambah Syahadah


Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441


4.7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.


Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149


4.8 Menolak Ijmak Ulama’


Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51


4.9 Menolak Qias


Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:


4.10 Mengubah ayat al-Quran


Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat Al-Quran sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk maklumat lanjut.


4.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam


Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:


4.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.


Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330


4.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan


Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:


Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab


4.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.


Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :


Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah


5 Terakhir


KEPUTUSAN


"Keputusan berdasarkan kajian termasuk kajian luar dapat disimpulkan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar”




Ahad, 17 Mac 2013

Kenapa Dilarang Memukul Anak Kecil Sedang Menangis?


Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :

'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.




rujukan: facebook

Khamis, 31 Januari 2013

Bahaya Tidur Selepas Subuh



Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)



sumber: uniqueummah

Sabtu, 6 Oktober 2012

Tanda-Tanda Kemunculan Imam Mahdi



Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malam daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan.

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur.

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam.

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh ahli bumi daripada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)


Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT tunjukkan kebenaran itu kepada kita. Jangan sampai kita menjadi penentang yang tidak dapat menerima maka sikap tawakuf ( tidak menyetujui dan tidak menolak, melainkan menunggu dan terus mempelajari) adalah lebih baik. Lebih selamat bila kita tidak menyanggahnya, sebab siapa yang menyanggah kebenaran dari Allah akan terhina di dunia dan akhirat.

Allahualam...




sumber : johneox

Khamis, 27 September 2012

Isu Menjawab Kiriman Salam Yang Salah



Ramai yang membesarkan isu menjawab kiriman salam sejak kebelakangan ini. Ianya dipost dari facebook ke facebook, berbunyi lebih kurang begini:

"Bila ada orang kirim salam, menjawab: Waalaikumussalam adalah salah. Sepatutnya, waalaihissalam atau waalaihassalam kerana yang berikan salam tiada di hadapan kita."

Sebenarnya, ada kesilapan yang besar di dalam 'pembetulan' ini.

Menjawab Waalaikumussalam adalah BETUL sebenarnya, kerana makna 'waalaikumusalam' adalah 'kepada kamu semua salam/sejahtera'. Maka kamu semua ini hakikatnya termasuk pemberi kiriman salam, dan yang mengirimkan salam.

Bila yang memberi salamnya adalah seorang, pun pakai waalaikumussalam, kerana 'kum' di situ, walaupun jama'(untuk ramai), tetapi ianya adalah tanda penghormatan kepada yang memberikan salam. Antara tradisi arab apabila memuliakan seseorang atau sesuatu, dia akan menjama'kannya. Sebab itu Allah SWT sendiri apabila membahasakan diriNya, kadangkala Dia membahasakan diriNya sebagai 'kami'. Bahasa inggeris panggil, 'the royal We'.

Maka, Waalaikumussalam adalah suitable untuk pelbagai situasi. Sama ada jawab salam direct, mahupun jawab kiriman salam.

Tak perlu nak pening-pening sangat nak waalaika, waalaiha, waalahi, waalaihu dan segala bagai.

Ini menyukarkan orang yang tak tahu Bahasa Arab, dan orang awam.

Melainkan BERDOSA, baru kita kecoh.

Selagi benda itu tak berdosa, dan tak ada masalah bila buat, maka tak payahlah kecoh sangat.




Oleh : Hilal Asyraf (status facebook beliau)

Rabu, 12 September 2012

10 Jenis Mayat Yang Tidak Akan Reput Di Dalam Kubur

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.


Rabu, 27 Jun 2012

Syiah : Hakikat dan Sejarah

Artikel ini adalah hasil terjemahan daripada buku ‘Syiah : Perjuangan atau Kesesatan’ yang dikarang oleh Dr. Raghib Sarjani. Tujuan menterjemah beberapa petikan daripada buku ini adalah untuk mendedahkan isu Syiah yang sedang menyerang negara kita.

Kefahaman kepada sesuatu masalah adalah langkah pertama dalam merawatnya. Diharapkan usaha kerdil ini dapat membantu para pendakwah di luar sana dalam usaha membanteras fahaman Syiah yang sedang menular ditengah masyarakat.

Dr. Raghib Sarjani adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah. Beliau lahir pada tahun 1964 di Mesir. Merupakan graduasi kuliah perubatan dari Cairo University pada 1988 dengan pangkat Mumtaz. Beliau tamat menghafal quran pada tahun 1991. Berjaya menyiapkan Masters di universiti yang sama dengan pangkat Mumtaz pada tahun 1992. Kemudian berjaya mendapat Ph.D dengan pantauan kerjasama antara Mesir dan Amerika ( Surgery of Urinary Track and Kidney ) pada tahun 1998.

Walaupun mempunyai Ph.D dalam bidang perubatan dan menjadi pensyarah di Cairo University dalam bidang tersebut, beliau sangat minat mendalami ilmu sejarah dan telah menghasilkan puluhan buku seperti Kisah Andalus, Kisah Tunis, Kisah Tartar, Kisah Perang Salib, Kewajipan Umat Terhadap Palestin, Antara Sejarah dan Realiti, Kisah Erdogan, dan lain-lain. Beliau merupakan salah seorang tokoh dakwah Ikhwan Muslimin dan menghoskan laman web sendiri di http://www.islamstory.com/



Dasar-dasar Syiah

Para Sejarawan berbeza pendapat tentang asal-usul permulaan Syiah. Pendapat pertama dan yang paling terkenal adalah kemunculan mereka bermula apabila berlaku khilaf antara Ali RA dan Muawiyah RA ketika Perang Siffin. Jika mengikut pendapat ini, maka pengikut Ali RA diiktibarkan sebagai Syiah dan pengikut Muawiyah RA diiktibarkan sebagai Sunnah wal Jamaah. Tetapi, pada hakikatnya ia bukan seperti itu.

Pendapat Ahli Sunnah mengatakan kebenaran antara perselisihan antara dua sahabat mulia ini berada di pihak Ali RA dan Ahli Sunnah berpendapat bahawa Muawiyah telah berijtihad dalam hal ini tetapi ijtihad itu didapati tidak benar. Maka kecenderungan Ahli Sunnah kepada pihak Ali RA sangat jelas.

Tambahan pula, yang dikatakan dengan fahaman, prinsip, dan aqidah yang dilaung-laungkan oleh Syiah, semua itu jauh dari fahaman, prinsip dan aqidah yang diimani oleh Ali RA. Maka dengan itu jelas bahawa pendapat yang mengatakan Syiah bermula sebagai pengikut Ali pada peristiwa ini adalah salah sama sekali.

Pendapat kedua pula mengatakan Syiah muncul setelah kematian Husain bin Ali RA yang mana beliau telah keluar dari pemerintahan Yazid bin Muawiyah. Dalam peristiwa ini, penduduk Iraq memanggil Husain RA untuk menyertai mereka di Iraq dan menjanjikan sokongan dan pertolongan kepada beliau. Tetapi pada saat akhir mereka mengkhianati beliau dan akhirnya beliau dibunuh di Karbala.

Maka bangkitlah sekelompok Muslimin menyeru agar pembunuhan ini dituntut bela. Tetapi di pihak satu lagi menghukum kelompok ini kafir kerana telah keluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Maka berlakulah pergaduhan, dan terbunuhlah beberapa orang dari kalangan penyokong Husain dan mereka digelar sebagai Syiah.

Ini dapat menjelaskan kepada kita hubungan yang kuat antara Syiah dan Husain RA, malah lebih kuat daripada Ali RA sendiri. Sepertimana yang dapat dilihat, mereka merayakan hari kematian Husain tetapi tidak merayakan hari kematian Ali.

Kesan daripada peristiwa ini, wujud kelompok yang menentang pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan aqidah, dan mazhab fiqh tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah. Dan kita dapat perhatikan sendiri, mereka yang digelar sebagai pemimpin awal Syiah adalah mereka yang bermazhab Sunni.

Setelah berlalunya masa dan keadaan menjadi stabil, muncul seorang tokoh bernama Ali Zainal Abidin bin Husain, iaitu anak kepada Husain RA. Beliau adalah seorang lelaki yang soleh, ulama yang zuhud, dan langsung tidak membawa ajaran aqidah atau fiqh yang bertentangan dengan para sahabat dan tabi’en.

Ali Zainal Abidin mempunyai dua orang anak lelaki yang soleh dan tinggi darjat wara’ dan taqwa. Mereka bernama Muhammad Baqir dan Zaid. Keduanya mempunyai pandangan yang bertepatan dengan Ahli Sunnah yakni dengan para sahabat dan tabi’en kecuali pandangan Zaid bin Ali Zainal Abidin yang mempunyai padangan yang berbeza. Beliau berpendapat bahawa Ali Abi Talib RA lebih layak menjadi khalifah berbanding Abu Bakar As-Siddiq RA.

Walaupun pendapat ini bertentangan dengan ijma’ seluruh umat, dan bertentangan dengan hadith-hadith yang menceritakan kelebihan-kelebihan Abu Bakar, Umar dan Uthman berbanding Ali, namun ia bukanlah permasalahan aqidah. Dan beliau mengakui keutamaan Abu Bakar, Umar dan Uthman, cuma berpendapat Ali RA lebih layak. Malah beliau mengakui keharusan imamah mafdhul, iaitu mengiktiraf imamah (kepimpinan) Abu Bakar, Umar dan Uthman.

Hanya pada satu titik ini beliau berselisih dengan pendapat Ahli Sunnah, tetapi pada semua titik yang lain beliau sependapat dengan mazhab Ahli Sunnah.

Maka dengan itu, keluarlah Zaid dari pemerintahan Umayyah, mengulangi sejarah datuknya, Hussain RA pada zaman Hisyam bin Abdul Malik. Dan berakhirlah perkara ini dengan terbunuhnya Zaid pada tahun 122H. Lalu bangkitlah para pengikut beliau dan mengasaskan mazhab di atas pendirian Zaid ini dan dikenali oleh sejarah dengan nama Zaidiyyah bersempena dengan nama beliau.

Mazhab ini, walaupun dikira sebagai Syiah, ia bertepatan dengan mazhab Ahli Sunnah dalam semua perkara, kecuali dalam bab mengutamakan Ali RA berbanding tiga khalifah sebelumnya. Pengikut mazhab ini banyak tersebar di Yaman, dan inilah mazhab Syiah yang paling dekat dengan Ahli Sunnah dan hampir tidak berpecah dengan Ahli Sunnah dalam kebanyakan perkara.

Satu peristiwa yang perlu disebut di sini bahawa pada suatu hari terdapat segolongan dari pengikut Zaid bin Ali Zainal Abidin ini yang pernah bertanya pada Zaid tentang pendapat beliau terhadap Abu Bakar dan Umar. Zaid menyatakan bahawa beliau menghormati mereka berdua. Tetapi golongan ini bukan sahaja tidak setuju dengan beliau, malah menolak kepimpinan beliau dan keluar dari kumpulan Zaid. Golongan ini dikenali oleh sejarah sebagai ‘golongan Rafidah’(penolak), kerana mereka menolak imamah(kepimpinan) dua khalifah yang awal dan menolak pendapat Zaid tentang mereka berdua. Golongan Rafidah inilah yang menjadi pengasas ‘Syiah 12’ yang menjadi mazhab Syiah yang terbesar sekarang.

Setelah Muhammad Baqir meninggal dunia pada tahun 114H (adiknya Zaid meninggal lapan tahun selepas itu), beliau meninggalkan seorang anak lelaki yang alim dan wara’ bernama Ja’far Sodiq. Beliau adalah seorang ulama yang terulung pada masa beliau dan menguasai ilmu fiqh dengan sebenar-benar penguasaan, dan beliau menyelusuri aqidah sahabat, tabi’en dan ulama muslimin yang lain. 


Pada penghujung era pemerintahan Khilafah Umayyah, wujud satu gerakan dari keluarga Abbas (yakni dari keturunan pakcik Rasulullah yang bernama Abbas bin Abdul Mutalib) yang mengajak manusia membuat revolusi terhadap kerajaan Umayyah. Maka gerakan Abbasiah ini saling bekerjasama dengan pengikut Zaid bin Ali Zainal Abidin.

Akhirnya pada tahun 132 H, tumbanglah kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiah dibentuk dengan Abu Abbas As-Saffah sebagai pemimpinnya. Maka pengikut Zaid kecewa kerana tidak dilantik menjadi pimpinan walaupun mereka merupakan cucu cicit kepada Ali bin Abi Talib, anak saudara kepada Abbas bin Abdul Mutalib. Lalu mereka merancang untuk mengadakan revolusi terhadap kerajaan Abbasiah pula. Golongan ini dikenali sebagai Tolibiyyun (yang dinasabkan kepada Ali bin Abi Talib) yakni bertentangan dengan Abbasiyyun (nasab kepada Abbas bin Abu Mutalib) 
Dan sehingga ketika ini, masih tiada penyelewengan dari sudut aqidah mahupun fiqh, kecuali dalam isu Abu Bakar dan Umar. Ini adalah kerana pecahan dari pengikut Zaid yang menolak imamah (kepimpinan) mereka berdua, malah tidak malu untuk mengkritik secara terang-terangan.

Ja’far Sodiq meninggal pada tahun 148H. Beliau meninggalkan seorang anak bernama Musa Kazim, yang juga seorang ulama, tetapi tidak mencapai tahap ayahnya, dan beliau meninggal pada tahun 183H. Beliau meninggalkan beberapa orang dan di antara mereka ada yang bernama Ali bin Musa Ar-Redha.


BACA SAMBUNGAN :