Isnin, 11 Januari 2016

RESEPI LONTONG SINGAPURA



RESEPI LONTONG SINGAPURA
=================

BAHAN-BAHANNYA :-)

+1/4 bahagian kobis bulat, hiris kecil, cuci & toskan
+1 batang lobak merah saiz kecil, potong bentuk jejari
+1/2 biji sengkuang saiz sederhana, potong bentuk jejari
+5 keping cendawan 'black fungus @ cendawan telinga kera', potong kecil
+5 tangkai kacang panjang, hiris serong
+2 keping tauhu, potong kiub
+2 keping tempe, potong kiub (tak letak sebab tak de)
+Sebesar penumbuk bunga kobis, dipotong sekuntum2
+Fucuk @ tauhu kering secukupnya, potong kecil & rendam hingga lembut
+1/3 cawan isi u&g
+1 cekak soo hoon, kerat pendek
+1 batang serai, diketuk
+1.........2 liter santan cair
+300 ml pati santan
+1 helai daun kunyit, hiris halus
+Garam & gula secukup rasa
+Air jika perlu



BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*7 tangkai cili kering, buang biji & rendam dalam air panas - 5 minit & toskan
*1 genggam u&g kering, rendam sekejap & toskan
*1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap & toskan
*3/4 inci kunyit hidup
*1/2 inci lengkuas
*1 batang serai, hiris halus

BAHAN-BAHAN LAIN :-)

+Nasi impit atau ketupat
+Sambal tumis
+Telur rebus, dibelah dua
+Serunding (optional)
+Begedil (optional)

(CARA MEMBUATNYA )

1. UNTUK KUAH LODEH :- 
Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan)......... Tumis serai titik & bahan2 kisar halus hingga harum......... Masukkan lobak merah, sengkuang & cendawan 'black fungus', kacau rata & tuang santan cair......... Biarkan mendidih hingga lobak merah & sengkuang empuk sedikit......... Masukkan bunga kobis, tauhu, tempe & kacang panjang......... Kacau & masak sekejap......... Tambah sedikit air jika perlu.........

2. Masukkan kobis, u&g & juga soo hoon, kacau rata & tuang pati santan......... Masak dengan api kecil & kacau sekali sekala......... Perasakan dengan garam secukupnya & sedikit gula......... Tambah hirisan daun kuyit (jika guna)......... Masak sekejap lagi & rasa, jika ok boleh matikan api......... Hi&gkan bersama bahan2 lain.........

3. UNTUK LONTONG SINGAPURA :- Masukkan secukupnya ketupat atau nasi impit dalam bekas sesuai......... Cedok kuah lodeh bersama isi2nya & tuangkan atas ketupat/nasi impit tadi......... Tambah telur rebus, seruding, begedil & hi&gkan dengan sambal tumis......... Jika suka boleh hias dengan hirisan daun kunyit...........................Sedap dimakan panas....................................Selamat mencuba!!

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

RESEPI LONTONG SINGAPURA
4/ 5
Oleh

1 ulasan:

Dil
17 Jun 2018 pada 7:08 PTG delete

Ltk suun awal2..tk kembang ke

Reply
avatar

Apa komen anda?