Isnin, 11 Januari 2016

RESEPI KUIH SERABAI



RESIPI KUIH SERABAI
===================


#Assalammualaikum... Hari ni sis kongsikan dengan anda resipi kuih serabai yang boleh dikatakan agak jarang orang buat... Yang sis tau, kuih serabai ini popular di Melaka & dikatakan ia dibuat ketika ada kematian... Tapi dari komen2 sebelum ini yang che mat terima, kuih serabai juga popular di banyak negeri dalam Malaysia... Jadi tidak boleh nak dikatakan ia kuih tradisi negeri mana, senang cakap ia kuih muih masyarakat Melayu...

#Dari mana asal usul ia mendapat nama 'serabai' sis memag tak tau... Dari rupa kuih tidaklah 'serabai', elok saja, lembut & bersarang seperti bingka ambon... Biasanya serabai akan dimakan dengan kuah seakan2 pengat... sis campurkan beberapa ulas durian untuk mendapatkan rasa yang lebih enak...

#BAHAN-BAHAN KUIH SERABAI :-)
+125 gram tepung beras
+75 gram nasi sejuk
+325 ml santan segar
+1/2 camca teh instant yeast
+1/4 camca teh garam

#BAHAN-BAHAN KUAH :-)
+1 cawan santan
+1/2 cawan air
+3 camca besar hirisan gula melaka
+1 camca besar gula pasir
+1 helai daun pan&, disimpul
+3 ulas durian
+Secubit garam
+1 camca besar tepung gandum*
+3 camca besar air*(*disatukan & kacau rata)




CARA MEMBUATNYA 
---------------------------------

*1. UNTUK ADUNAN KUIH SERABAI :-
 Kisar nasi sejuk dengan 100 ml santan... baki santan dipanaskan hingga suam, tak perlu sampai mendidih... Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, instant yeast & garam, gaul rata... Tuang nasi kisar, gaul & masukkan santan suam... Kacau dengan whisk hingga bancuhan rata & licin... Tutup permukaan mangkuk & perap selama 2 jam... Ketepikan...

*2. UNTUK KUAH DURIAN :-
 Masak gula melaka, gula pasir dengan 1/2 cawan air hingga gula larut... Tapiskan ke dalam periuk... Masukkan daun pan&, secubit garam & santan... Kacau & biar mendidih... Tambah isi durian & masak sekejap... Masukkan bancuhan tepung gandum, kacau rata & masak dengan api kecil hingga pekat, Rasa & jika anda suka manis, boleh tambah gula... Matikan api & ketepikan...

*3. UNTUK KUIH SERABAI :- 
Panaskan acuan kuih serabai, guna api kecil... Lenser (atau orang Johor panggil 'selet') dengan sedikit minyak masak rata2... Adunan serabai dikacau sekejap, kemudian sedukkan ke dalam acuan tadi... Pastikan jangan penuh sangat, sebab kuih serabai akan naik seperti kuih apam... Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk, kalau dapat guna yang tutup kaca macam dalam gambar...

*4. Permukaan kuih akan berbuih2 & biarkan hingga ia kering, tu tanda kuih anda dah cukup masak... Berhati2 keluarkan kuih dari acuan, guna lidi sate bersih untuk melonggarkan kuih serabai dari acuan... Buat kaedah sama hingga adunan habis... Jika ada kerak2 yang tertinggal dalam acuan, bersihkan dahulu, baru lenser dengan sedikit minyak...

*5. CARA MENGHIDANG :- 
Sediakan piring sesuai... Taruk 2 atau 3 keping kuih serabai & tuangkan kuah durian atasnya... Hi&gkan segera.........

Selamat mencuba!!.........

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

RESEPI KUIH SERABAI
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?