Memaparkan catatan dengan label Keajaiban Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keajaiban Islam. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Oktober 2015

Rupa Manusia Yang Akan Dihalau Padang Mahsyar


- Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

- Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...

- Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

-Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.

- Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.

- Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.

- Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman:
"Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku.

Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

*BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT

Sumber Asal

Isnin, 6 Ogos 2012

Kebaikan Menjilat Jari Selepas Makan

Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan. Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu.

Namun, pasti antara kita sebenarnya tidak mengetahui tentang kelebihan dan kebaikan yang sebenar menggunakan jari ketika makan. Di dalam agama Islam, Allah S.W.T telah memilih Rasulullah S.A.W untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu. Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.

Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata,
“Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya.”

Mengikut sunah Rasulullah, baginda sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.

Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.

Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunat itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.

Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari. Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.

Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah S.A.W itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.

Marilah kita sama-sama amalkan didikan dan sunah terbaik ini sebagai cara hidup yang terbaik dalam tingkah laku seharian baik di dalam perilaku kita atau pun hal berkaitan dengan pemakanan.


Jumaat, 29 Jun 2012

Penemuan Kota Kaum A'ad Membuktikan Kemukjizatan Al-Quran


Satu ketika dahulu, ramai ragu-ragu tentang kewujudan kaum A’ad seperti yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat mengenai kehancuran kaum A’ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedahsyatan azab Allah terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam ketika itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut Allah swt sebagai kaum A’ad tersebut.

Begitu juga apa yang dialami oleh kaum Yahudi yang menetap bersama-sama umat Islam di Madinah. Mereka mendengar desas-desus turunnya ayat tentang kaum A’ad tersebut. Dalam kitab suci mereka iaitu Taurat tidak langsung menceritakan kemusnahan kaum A’ad sedangkan kaum-kaum lain seperti kaum Lut as, kaum Nuh as dan sebagainya diceritakan dengan terperinci dalam kitab mereka. Berikutan itu, kaum Yahudi terus menyebarkan fitnah bahawa kaum A’ad sebenarnya tidak pernah wujud dan apa yang diberitakan dalam al-Quranul karim hanyalah omongan kosong yang langsung tidak berfakta.

Ternyata orang Yahudi silap.

Tahun berganti tahun, abad berganti abad. Ramai orientalis mula datang ke tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik kitab suci al-Quran, syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah arab. Antara orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah T. E. Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.


LAWRENCE OF ARABIA

Kepada yang belum mengenali siapakah Lawrence of Arabia, beliau adalah orientalis yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk memberontak kepada kerajaan Turki Othmaniyyah sekitar tahun 1916-1918. Disebabkan hasutan dan dokongan daripada Lawrence of Arabia tersebut, tanah arab akhirnya bebas daripada menjadi jajahan Turki Othmaniyyah dan King Saud diangkat menjadi pemimpin besar tanah arab. Kerajaan baru yang ditubuhkan dikenali sebagai Arab Saudi. Dan kerajaan Arab Saudi kekal memerintah tanah arab sehingga ke hari ini. Lawrence of Arabia yang juga seorang Leftenan Kolonel tentera Diraja Britain meninggal dunia pada 19 Mei 1935 akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu beliau berumur 45 tahun.


'JASA' LAWRENCE OF ARABIA

Miskipun Lawrence of Arabia boleh dikatakan musuh di dalam selimut kepada umat Islam, namun jasanya kepada penemuan kota Iram yang dikatakan sebagai kota kaum A’ad tidak boleh disangkal. Beliau adalah insan pertama daripada Eropah yang sangat berminat dengan‘Lost City’ Iram. Beliau yang hidup dengan cara orang Badwi dan kemampuannya berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan fasih membuatkan cerita mengenai kemusnahan tamadun kaum A’ad mudah sampai ke telinganya.

Kerana sangat berminat dengan kisah kaum A’ad dan kotanya yang memiliki tiang-tiang yang besar, Lawrence of Arabia telah mengelarnya dengan gelaran ‘Atlantis of the Sands’.Seperti kota Atlantis, kota Iram juga kelihatan mustahil untuk ditemui. Lawrence of Arabia juga tidak yakin apakah kota tersebut benar-benar wujud. Baginya, ia sekadar cerita dogeng yang terkandung dalam al-Quran.


ATLANTIS OF THE SANDS

Sebenarnya, apa yang ditulis oleh Lawrence of Arabia mengenai kota Iram yang digelar beliau sebagai ‘the Atlantis of the Sands’ telah menarik minat beberapa ahli arkeologi daripada Eropah kemudian harinya. Mereka adalah Nicholas Clapp, George Hedges, Dr. Juris Zarins dan Ranulph Fiennes.

Pada akhir tahun 80-an dan awal 90-an, keempat-empat individu ini telah berusaha untuk mencari satu tamadun yang musnah sepertimana yang disifatkan dalam al-Quran. Rujukan utama keempat-empat mereka adalah berdasarkan al-Quranul karim dan cerita-cerita lisan daripada masyarakat Badwi.

Dr. Zarins yang bertindak sebagai ketua arkeologi dalam pencarian tersebut telah bersama-sama Nicholas Clapp dan George Hedges meminta NASA merakamkan gambar sekitar tempat yang dimaksudkan mempunyai potensi untuk dikaitkan dengan kota purba Iram yang telah musnah. Gambar tersebut telah dirakamkan menggunakan satelit NASA,SPOT(Satellite Pour I’Observation de la Terre). Rakaman tersebut mengejutkan mereka apabila ia jelas memaparkan laluan unta dan sebuah runtuhan kota purba yang kelihatan mengelilingi sebuah ‘runtuhan’ oasis.

Namun laluan perdagangan dan runtuhan kota purba tersebut tidak mampu dilihat jelas pada mata kasar. Imej tersebut telah dirakamkan di Rub’al Khali, Oman yang terletak di selatan Semenanjung Arab.

Pada 1992, eskavasi telah dimulakan. Daripada hasil penemuan arkeologi, mereka bersepakat bahawa ia adalah kota Iram yang musnah seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran berdasarkan pentarikhan karbon menyatakan ia dibina sekitar 6,000 tahun sebelum masihi. Menurut mereka lagi, kota yang ditemui itu adalah salah satu kota yang dimiliki oleh kaum A’ad dan banyak lagi yang tenggelam dalam ‘lautan’ pasir.


KEAJAIBAN AL QURAN

Terdapat beberapa persamaan hasil penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah swt yang menceritakan kisah kaum A’ad dan nabi Hud as. Antaranya adalah berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang sangat tinggi yang mana tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.


1. Tiang-tiang tinggi

Dalam al-Quran ada menyebut tentang kota Iram yang disifatkan mempunyai tiang-tiang yang tinggi,

" Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum A'ad? (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain, ( Surah al-Fajr : ayat 6-8 )

Firman Allah swt telah dapat dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi pada 1992. Clapp yakin bahawa yang kota purba yang ditemui adalah Iram berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang berbentuk segiempat sama. Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7 batang kesemuanya.


2. Membina benteng-benteng

Kaum A’ad juga diriwayatkan membina benteng-benteng. Ia diceritakan Allah dalam surah as-Syu’araa’ ayat 128 sehingga 130.

" Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main. dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)? Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang- orang kejam dan bengis. (Surah as-Syu’araa’ ayat 128-130)

Sepertimana perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A’ad, mereka juga turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih daripada 2 meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun sekitar 6,000BC telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina oleh kaum A’ad. Ia bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan dalam Surah al-Fajr ayat 8.


3. Terdapat kebun-kebun dan mata air

" Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak, dan kebun-kebun dan mata air, (Surah as-Syu’araa’ ayat 133-134)

Mengenai perihal kebun-kebun dan mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan oasis di tengah-tengah kota Iram. Penemuan oasis merupakan titik pertama sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata air merupakan sumber utama kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum A’ad dikatakan mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga berdagang. Oasis milik kaum A’ad masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.


4. Dimusnahkan oleh angin kencang

" Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan, angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk. (Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42)

Dalam ayat Allah dalam surah adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah membinasa kaum A’ad yang sombong. Angin tersebut telah membinasakan seluruh masyarakat A’ad yang kufur terhadap Allah swt. Hasil arkeologi membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan ia bertepatan benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat 42 surah adz-Dzaariyaat.


PENUTUP

Bagi ahli arkeologi, miskipun runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia bagaimanapun masih lagi mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana dalam sudut yang lebih besar ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh mukjizat.

Kota yang dikatakan mustahil untuk ditemui ini akhir telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi bukan muslim dan sepertimana yang diberitahu sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca semua, ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini,

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Surah Yusuf ayat 111)





sumber : LayarMinda

Rabu, 27 Jun 2012

Cara Mengetahui Juzuk Al-Quran Melalui Formula Matematik

Tips yang ingin dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1 :

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa :

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2 : 

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3 :

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah...





sumber : Maths Catch

Ahad, 8 April 2012

Kelebihan Solat Di Awal Waktu dan Qiamullail

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.



1. WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

2. WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

3. WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

4. WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

5. WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

6. QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

sumber : facebook

Isnin, 30 Januari 2012

Rahsia Angka 40 Dalam Islam



Empat puluh bukan sekadar pada usia tetapi banyak yang dikaitkan dengan nombor itu disebut dalam al-Quran dan hadis. Apa rahsia nombor itu maka ia banyak disebut oleh Allah?

Bagi Dr. Faizal Ahmad Shah, nombor 40 ada signifikan di dalam Islam, banyak hadis yang menyebut tentang angka itu dan ia juga di sebut oleh al-Quran. Di dalam al-Quran juga ada banyak ayat yang menyebut tentang 40, yang mana ia tidak terhad pada usia saja tetapi meliputi soal hukuman, ganjaran, tempoh masa dan perkara yang lain.

Misalnya di dalam surah al-Baqarah ayat 51, “Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang orang zalim (terhadap diri sendiri)”.

Pada surah yang lain pula, ada disebutkan tentang 40 yang bermaksud, Allah berfirman, “Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau rayau dengan binggungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai): maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu.” – Surah al-Maidah ayat 26.

DI dalam ayat itu Allah perintahkan kepada bani Israil untuk memasuki Palestin tetapi mereka menolaknnya. Maka keingkaran itu, Allah membalasnya dengan sesat di padang pasir selama 40 tahun.

Kemudian ada beberapa ayat lain juga menyebut tentang 40 iaitu di dalam surah al-A’raaf ayat 142 bermaksud, “Dan Kami telah janjikan kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): gantikanlah aku (dalam urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang orang yag melakukan kerosakan.”

Angka 40 di dalam al-Quran menceritakan tempoh masa, hukuman kepada Bani Israel dan tempoh masa Allah janji untuk member Taurat kepada Nabi Musa.Jika diperhatikan hadis pula, angka 40 banyak kali disebut antaranya; daripada Ibnu Abbas r.a Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “ Mana mana lelaki Muslim yang meninggal dunia, kemudian jenazahnya diuruskan oleh empat puluh orang lelaki yang tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t dengan sesuatu pun, melainkan Allah akan member syafaat.” HR Muslim dan Abu Daud.

Menurut Dr. Faizal, hadis itu menyebut 40, merujuk pada bilangan orang yang menguruskan jenazah dan jenazah tersebut akan diberi syafaat. Kemudian ada juga hadis yang menceritakan tentang dajal. Rasulullah member tahu tentang dajal melakukan kerosakan di bumi iaitu selama empat puluh hari, satu hari sama dengan setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari hari berikutnya seperti hari hari kamu.

Di dalam hadis itu angka 40 digunakan untuk memberikan peringatan tentang dajal. Kemudian bercerita tentang balasan, 40 itu digunakan untuk menunjukkan balasan yang didatangkan oleh Allah.

Misalnya di dalam hadis daripada Abu Juhaym bin al-Harith berkata; “ Sekiranya seorang yang lalu dihadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu dihadapan orang solat) nescaya dia akan berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini.

”Menurut Dr. Faizal lagi, angka 40 yang disebut di dalam hadis itu tidak dikatakan ia merujuk kepada 40 hari atau bulan atau tahun , tapi kalau orang tahu tentang semua itu maka mereka tidak akan melakukannya.Di dalam hadis daripada Abu Zar; Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “ Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak kedua diantaranya (tempoh dibina kedua duanya). Balas Rasulullah s.a.w: Empat puluh tahun, dimana sahaja kamu dapat bersolat pada kedua duanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untk mereka yang bersolat di kedua dua masjid tersebut.)” HR sahih Bukhari.

Bukan itu saja, angka 40 juga disebut di dalam menceritakan tentang kejadina manusia yang diceritakan oleh Rasulullah di dalam hadisnya. Daripada Ibnu Mas’ud berkata, “Telah bersabda Rasulullah s.a.w dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan.

“Sesungguhnya setiap orang di antara kamu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di dalam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah (air mani) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga, kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan roh padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara; pertama, ditentukan rezekinya.

Kedua ajalnya (umurnya), ketiga amalannya (pekerjaanya) dan keempat takdirnya bahagia atau derita.

”APA ISTIMEWANYA 40?

Walaupun demikian banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi yang menyebutkan tentang angka 40, namun tidak ada satu pun nas yang menyebutkan tentang keistimewaannya.

Dr. Faisal menjelaskan, rahsia 40 tidak disebutkan di dalam al-Quran dan kelebihannya tidak ada, ia sama seperti nombor yang lain.

Apa yang pasti usia 40, melambangkan kematangan.

Manakala berdasarkan hadis yang menggambarkan hukuman iaitu 40 hari tidak diterima amalannya bagi orang yang berjumpa tukang tilik, ia boleh membawa maksud, 40 hari adalah tahap yang paling maksimum dalam hukuman.

Begitu juga 40 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama dan 40 ganjaran kebaikan adalah symbol pada satu jumlah yang cukup besar dan maksimum sama ada di dalam soal ganjaran atau hukuman.“Memang benar banyak angka 40 disebutkan di dalam al-Quran namun tidak dinyatakan apa rahsianya. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahuinya, itu hanya rahsia Allah.

Jangan sampai diri kita jadi seprti masyarakat Barat dan orang Kristian yang percaya pada nombor yang boleh membawa untung serta rugi kerana ia tidak ada di dalam Islam. Kajian tentang nombor itu tidak dihalang di dalam Islam tapi bukan itu tujuannya nombor itu disebut di dalam al-Quran dan hadis,” tegasnya.

*Petikan AL ISLAM Julai 2011

Sabtu, 24 Disember 2011

Membelai Janggut Lelaki Dapat Menyuburkan Wanita

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)


sumber : informasi.my