Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Jun 2016

4 SAHABAT KARIB MAUT - WANITA INI BONGKAR MISTERI KEMALANGAN YANG BUAT RAMAI TERKEJUT !

4 SAHABAT KARIB MAUT - WANITA INI BONGKAR MISTERI KEMALANGAN YANG BUAT RAMAI TERKEJUT !




Cerita yang mungkin anda berminat tentang "mereka"

Assalamualaikum para pembaca semua. Kepada kak/abang admin, kalau rasa cerita ni menarik/ berpengajaran sila publish ye. Tq

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu apa yang ingin saya sampaikan. Saya dan ayah pernah berkenalan dengan seorang pakcik yang boleh nampak makhluk halus. Antara perkara yang kami sembangkan:

Anda tahu tak, apabila anda tonton movie siam atau mana2 cerita hantu (part baca jampi serapah) benda tu akan datang ke rumah kita. Jampi serapah yang anda lihat dalam movie itu adalah jampi serapah yang digunakan untuk menyeru makhluk tu dalam dunia sebenar. Saya tak nafikan dalam sesetengah cerita melayu, jampi serapah yang dituturkan hanyalah ayat yang direka. Cuba fikir logik, kalau pengarah nak hasilkan filem hantu yang real mesti mereka guna jampi serapah yang bukan rekaan kan? Jadi lepas ni, sila mute tv anda sewaktu babak jampi menjampi ni. Kawan saya pernah cerita, lepas dia tonton babak jampi serapah ni, tiba2 ada benda main2 dengan pintu rumah dia.

Satu lagi, anda tahu tak makhluk halus dalam cerita seram orang putih, seperti cerita lord of the rings (tak ingat mahkluk yang mana) adalah bukan rekaan. Pakcik ni cakap fizikal, cara makhluk ni jalan memang sebijik macam yang dalam filem tu. Korang ingat orang putih ni imaginasi tinggi? Tak de maknanya.

Next, kadang2 kemalangan yang berlaku kat jalan raya tu bukan disebabkan oleh kecuaian para pemandu tapi disebabkan oleh makhluk2 ni. Suatu hari, pakcik ni pernah lalu jalan yang ada banyak kes kemalangan. Tetiba pakcik ni nampak ada satu lembaga kat jalan tu. Pakcik tu cakap mesti makhluk ni yang selalu kacau orang yang sedang memandu. Satu lagi, pernah sekali pakcik ni rasa mengantuk sangat waktu memandu. Pakcik ni peliklah kenapa rasa mengantuk sangat, rupa rupanya ada banyak makhluk kecil yang tengah tiup belon. Pakcik ni cakap, kau bayangkan the smurf tengah tiup belon, lebih kurang gitulah rupanya. Lepas ni kalau tiba2 mengantuk sangat tanpa sebab sewaktu memandu, silalah baca ayat Quran.

Cerita terakhir, sila berhati hati kalau nak makan di kedai. Sebabnya pernah ada pakcik ni nampak makhluk tu tengah menjilat jilat makanan kat restoran. Sebab itulah makanan kat kedai tu sedap. Mereka menggunakan makluk ni sebagai pelaris.

Sekian. Buang yang keruh ambil yang jernih

[KISAH BENAR] KISAH KEHIDUPAN MAT REMPIT YANG MATI SELAMA 3 HARI KEMUDIAN KEMBALI HIDUP SEMULA

[KISAH BENAR] KISAH KEHIDUPAN MAT REMPIT YANG MATI SELAMA 3 HARI KEMUDIAN KEMBALI HIDUP SEMULA




Kisah Kehidupan Mat Rempit Yang Mati Selama 3 Hari Kemudian Kembali Hidup Semula

Apabila dikongsi sesuatu kisah pengajaran , jika kau tidak mengambil itu sebagai pengajaran , maka ia adalah sia-sia . Sampaikanlah kepada yang lain agar menjadi bahan bualan untuk peringatan akhirat nanti , semoga kita semua berada dalam lindungan . Mati adalah perkara paling dekat .

Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit.Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….

Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah Dawawi”….

Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya….

Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit….Dengan penuh mencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar….!

Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan…Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah….

Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan…..

Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma…Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa berkaca……Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup Semula” bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut…..Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik….



Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi…

“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’ dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya….

Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua telah beredar meninggalkan kubur….Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meninggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya….

Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya membaca kisahnya)….

Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, “MA RABBUKA!”, “MA NABIYYUKA!”, “MA DINNIKA”, “MA KIBLATUKA!”, “MA IMMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!…..

Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya…Subhanallah..!

Beliau menjerit dan berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu….Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi….

Hamba Allah yang berjubah tadi….Bertanya lagi : “MA RABBUKA!”….Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi…Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital…..Subhanallah…!

Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi….
Allah memberi peluang untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita….

Dawawi hanya “Hidup Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah…..Katanya : “Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana….” Subhanallah!

Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…Umurnya ketika “Meninggal Dunia” kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal Dunia” 3 Tahun selepas itu….

Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah….Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya….. 

WAJIB BACA BAGI YANG SUKA MAKAN LUAR , INILAH CIRI-CIRI KEDAI ADA PELARIS YANG PATUT DIHINDARI !

WAJIB BACA BAGI YANG SUKA MAKAN LUAR , INILAH CIRI-CIRI KEDAI ADA PELARIS YANG PATUT DIHINDARI !




Bagi Anda yang suka makan di luar rumah atau punya hobi wisata kuliner, waspada dan telitilah memilih tempat makan karena bisa jadi makanan yang anda makan mengandung zat penglaris. Walaupun tujuan si pemilik tempat makan tersebut agar konsumen menggandrungi makanan yang dijualnya, akan tetapi proses penglaris biasanya melibatkan Jin peludah yang tentu saja sangat menjijikkan.

#Jin Peludah adalah hantu yang dipakai sebagai sarana penglaris makanan. Tidak hanya warung-warung pinggir jalan saja yang menggunakan jasa makhluk jahat ini.. sekarang sudah berkembang digunakan di mall-mall yang ada dikota - kota besar.

#Disebut jin peludah karena sebelum di sajikan kepada konsumen, makanan ini di ludahi akan menjadi terasa nikmat dan konsumen akan ketagihan untuk datang ke warung makan tersebut. Selain jin peludah ada juga jin penjilat piring yang akan digunakan oleh konsumen.

#Proses tersebut ternyata mampu menambah rasa makanan yang di sajikan, Bahkan kadang -kadang jika di rasa kurang maka tindakan meludah itu dilakukan sampai dua kali atau tiga kali secara berturut-turut.

#Efek dari tindakan hantu ini di samping membuat enak masakan yang di sajikan juga membuat energi negatif akan masuk ke tubuh orang yang memakan masakan tersebut, di sisi lain kadang jika orang yang memakan masakan yang di ludahi itu kebetulan adalah orang baik-baik perilaku dan muatan spiritualnya, maka kadang setelah memakan makanan yang di ludahi, beberapa waktu kemudian dia akan merasa mual dan mungkin juga muntah-muntah.

#Banyak orang yang telah mengalami hal tersebut. Salah satunya seperti yang dialami seorang Kyai yang diajak makan di sebuah restoran di Jakarta oleh temannya. Ketika ia duduk di kursi restoran Pak Kyai mendadak sakit kepala dan buru-buru keluar tidak jadi makan, setelah ditanya, beliau memberikan selendang yang dia pakai kepada teman itu... tiba-tiba temen itu melihat beberapa sosok mahluk telanjang bulat yang mondar mandir meludahi setiap makanan yang dihidangkan kepada pengunjung.

#Jin peludah hanya salah satu jenis penglaris, banyak cara lain yang dilakukan pemilik rumah makan agar warungnya laku.

#Adapun ciri-ciri tempat/rumah makan, toko kue atau tempat kuliner lainnya yang menggunakan Media Sihir dalam usahanya yaitu ;
1.Kalau warung besar semacam restauran, pasti ada toilet atau ruang dekat dapur yang nggak boleh dimasuki siapapun. Biasanya di dalamnya ada orang tua renta yang sakit kakinya dicelup ke air untuk kuah masakan.

#2.Kalau warung pinggir jalan, perhatikan panci atau periuknya. Biasanya kalau pake penglaris hanya si tukang dagang yang boleh buka, jadi pembeli tidak boleh sembarang ambil kuah atau lihat-lihat isinya.

#3.Biasanya terdapat buntelan kain putih di tempat nasi, gagang centong sayur, atau di peralatan masak lainnya.

#4.Warung pinggir jalan yang menggunakan penglaris, tempat cuci piringnya terpisah jauh dan tidak terlihat kegiatan cuci piringnya.

#5.Kalau dibawa pulang, rasanya berubah drastis berbeda dengan rasa jika dimakan di tempat makan atau makanannya cepat menjadi basi sehingga tidak sempat termakan.

#6.Jika dinetralkan dengan doa rasanya jadi standar.

#Itu hanya salah satu trik nakal dari pengusaha warung makan, agar laris. Kita tidak menghakimi semua warung-warung makan, karena tidak semuanya memakai trik jahat seperti ini. Bersekutu dengan bangsa Jin dengan tujuan dan cara apapun tidak dibenarkan dalam ajaran agama, bahkan hal tersebut merupakan perbuatan syirik yang mampu membenamkan pelakunya kelembah Jahannam.

#Sebagai orang beriman jangan lupa berdoa, karena orang yang dekat dengan Tuhan akan dijauhkan dari segala yang jahat. Berdo'alah dimana saja dan kapan saja ketika akan dan sesudah makan. Jika perlu bacalah ayat kursi.

#Sebarkan info ini agar saudara dan teman kita tahu. Semoga menjadi amalan sholih.

Khamis, 14 Jun 2012

Gambar Dirakam Bertukar Menjadi Lembaga Menyeramkan di Ipoh

IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

“Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.


La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.-sh



sumber : JKKK FanClub



SZ : Kurang jelas la muka dia. Macam muka Derp 9GAG tu je aku tengok.

Jumaat, 6 April 2012

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.



Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

credit : belasah-jer.blogspot.com