Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Februari 2013

Antara 3 Tangisan : Dimanakah Kita?



"Kita masih menangis kerana gagal mencapai cita-cita. Kegagalan tersebut amat mengecewakan sehingga tak sedar air mata tertumpah dari birai mata. Kita masih menangis kerana sakit. Apabila tidak tahan menanggung kesakitan lantas air mata tertumpah lagi. Kita masih menangis kerana hati disakiti. Sakitnya hati apabila orang sanggup membuat fitnah dan mengkhianati kita. Luka hati hanya Allah yang tahu. Air mata bisa tertumpah lagi.

Sedarkah kita, di sana ada orang yang sedang menangis dalam keheningan malam kerana mengenangi dosa-dosa lampau. Dosa-dosa yang telah tersimpan dalam lipatan usia terulang tayang satu persatu dalam mata batin penyesalan. Rasa bersalah kepada Allah membuatkan air mata memenuhi kelopak mata bagai kepingin membasuh segala dosa.

Ketika kita masih menangis kerana terkenangkan dosa-dosa di siang hari atau dosa-dosa lampau, ada orang lain yang sedang menangis kerana kecewa dan takut disebabkan oleh ibadat yang tidak khusyuk. Solat tidak khusyuk. Apabila berzikir, hati tidak khusyuk. Dalam apa-apa sahaja majlis mendekati Allah, fikiran sering melayang kepada urusan dan masalah hidup harian. Ketika mulut mengucap ‘subhana rabbial a’la wabihamdih’, hati tidak memuji dan meninggikan Ilahi, sebaliknya hati teringat pelbagai urusan keduniaan. Tasbih di mulut tidak lagi selari di hati. Rasa berdosa mula menguasai diri. Lalu ketika berseorangan di dalam gelap atau terang, mengalirlah air mata kerana rasa berdosa kepada Ilahi.

Ya, ketika kita menangis kerana hal-hal dunia, ada orang lain di sana yang menangis kerana dosa-dosa lampau. Dan ketika kita menangis kerana dosa-dosa lampau, ada di sana orang menangis kerana solat dan zikir di mulut tidak selari pula di hati. Apabila hilang khusyuk dalam ibadat, seolah-olah terasa solat dan zikir dilemparkan kembali ke mukanya bagai kain buruk.

Aduh terbang segala semangat. Bagaimana aku harus berdiri di depan Tuhan?






sumber: TranungKite

Khamis, 31 Januari 2013

Jaga Kehormatan Darah




Ada satu tanggungjawab yang sangat ramai orang lupakan, iaitu menjaga kehormatan darah yang sedang kita bawa pada setiap hari. Darah siapakah yang kita bawa? Ke manakah kita membawanya setiap hari, dan selama ini?

Darah yang kita bawa ini ialah darah yang mulia. Semua orang membawa darah yang mulia, kecualilah dia anak buluh betung, junjung buih, muntah lembu atau sebagainya.

Ada orang membawa darah mulia Nabi Muhammad dalam tubuhnya, iaitu para keturunan baginda. Orang lain? Tetap membawa darah-darah yang mulia. Mungkin darah Nabi Ibrahim. Boleh jadi darah Nabi Nuh.
Sekurang-kurangnya pun... darah Nabi Adam. Maksudnya, semua kita membawa darah-darah yang mulia. Semua kita berketurunan orang-orang mulia.

Amanah memelihara kehormatan darah suci yang kita kandung ini bukan main-main tanggungjawab.
Kesuciannya dijaga dengan mengamalkan Ilmu Penahan Api Neraka...  iaitu berusaha mengerjakan segala yang Tuhan suruh, sekalipun yang kecil-kecil... dan berusaha meninggalkan segala yang Tuhan larang, sekalipun yang kecil-kecil.

Oleh itu, peliharalah kehormatan darah yang sedang kita kandung ini.

Sekadar peringatan...

Selasa, 20 November 2012

Kenapa Perlu Usaha Boikot Produk Israel Walaupun Sedikit?



"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.

"Mengapa?" tanya saya.

"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.

Saya terdiam. Ada logiknya.

"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,"tambahnya lagi.

"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.

"Perlukah kebencian dilahirkan?"

"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"

Dia pula diam.

"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"

"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.

Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri

"Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu. Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.

"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.

"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.

"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

Jawapannya begini:

"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...

"Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.

Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.



sumber: facebook

Jumaat, 5 Oktober 2012

Ajaibnya Tangan Ibu

Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir?

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan... 



sumber : facebook

Isnin, 10 September 2012

Pernah Tak Kita Rasa Macam Ni?

Pernah Tak Kita Rasa Macam Ni?

Pernah tak kita rasa macam ni?

1. Bila kita duduk dalam masjid, nak cepat je keluar, rasa tak aman, rasa tak senang, tak sempat nak berdoa, tak sempat nak berzikir, tak sempat nak duduk dalam majlis ilmu. Dengan ringan kaki kita melangkah keluar masjid tanpa ada rasa bersalah.

2. Bila orang tegur/nasihat kita, kita tak boleh nak terima, alasannya hidup lagi lama dari yang memberi nasihat, alasannya dia budak baru, alasannya jawatan aku lagi tinggi dan lebih malang alasannya aku lagi banyak ilmu.

3. Bila tengok sahabat/saudara kita berjaya/senang/bahagia, kita rasa marah, dengki, tak puas hati, timbul rasa nak khianat, bermasam muka bila berjumpa, tak bertegur sapa. Hati penuh dengan kebencian.

4. Bila kita buat maksiat, lambat solat, tak solat langsung, tak puasa, dedah aurat, hina orang sekeliling yang miskin dan tak berpendidikan, saja buat dosa kering dengan mengumpat khianati adik beradik, mak ayah, saudara mara dan orang lain, tak hormat makhluk lain, perlekeh hukum agama, tapi hati kita tak rasa apa-apa langsung.


Bila ada rasa macam ni, percayalah sahabat-sahabat yang kita dah jauh dari ALLAH. Hati kita dah dikotori dengan karat dosa yang kita buat. Hati kita dah mula mengeras dan gelap sahabat-sahabat. Kita perlu mula semula untuk lembutkan dan bersihkan dengan langkah taubat, muhasabah, zikir, dan hampirkan diri dengan ALLAH dan menyesal lah dengan perbuatan yang lalu.





sumber : facebook

Jumaat, 22 Jun 2012

Apasal La Aku Malas Sembahyang?

Apasal la aku malas sembahyang.....,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang....,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan limaminit limawaktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubala aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!



sumber : facebook

Jumaat, 15 Jun 2012

10 Peringatan Bumi Terhadap Manusia

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.



Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.



sumber : facebook