Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Isnin, 19 Oktober 2015

AWAS..!! Kamera CCTV Di Dalam Tandas Wanita



Kalaulah kamera CCTV dipasang dalam tandas di Malaysia, mungkin banyak perkara pelik bakal kita ketahui. Seperti gambar dibawah ni, macam-macam kisah yang dipaparkan.





Harap-haraplah jangan ada diantara pembaca yang pernah lakukan mana-mana hal diatas.


Mungkin tips ini boleh menyelamatkan kita dari rakaman CCTV didalam tandas. Kalau setakat rakam muka macam comel je, macam cantik je tak kisah juga. Ni rakam macam-macam. Terutama pada wanita diluar sana, berhati-hati bila pergi ke tandas. Lelaki pun sama




Selasa, 6 Oktober 2015

Antara Wanita Malaysia Yang Pakai Superbike, Lelaki Tengok Pasti Tabik Spring!! (14 GAMBAR)




Semakin ramai wanita menceburi aktiviti ini ya, jangan fikir lelaki sahaja yang menggemari aktiviti lasak seperti ini, wanita juga boleh mencabar lelaki dengan gaya tersendiri. Lelaki pasti tercabar dengan gaya wanita lasak dapat motor besar kan..Ada juga yang sanggup angkat bendera putih kan???Kita bila lagi bro...Nak beli pun tak mampu...huhu...sabar je la ye..


Ahad, 6 September 2015

10 Basikal Termahal Di Dunia



Pelik tapi benar: Inilah antara basikal yang harga memang tidak masuk akal!!!

1. Aurumania’s Gold Bike Crystal Edition





Basikal ini boleh dikatakan yang termahal. Hampir semua bahagian dilapisi emas 24 karat hingga sampai ke spokes. Handlebar grip dan sadle dilapisi kulit berkualiti tinggi juga dihiasi 600 butir kristal Swarovski. Harga rasmi basikal ini ialah US $ 144 464.

2. Madone 5,9 SL – Dilapisi Emas Dan Berlian Buatan Manusia.



Dihiasi 7 berlian (hand made) dan 300 berlian putih. Dijual untuk disumbangkan ke Yayasan Lance Armstrong Foundation Gala. Basikal ini dibangun atas kerja sama dengan Trek Bikes, Nike, Alan Friedman Jeweler dan artis Lenny Futura. Basikal ini dijual dengan harga $75,000 USD.

3. Litespeed Blade – Kit Bike



Sepeda ini tidak dilapisi emas atau berlian namun biaya untuk riset, pengembangan dan produksi sepeda ini mencapai £25,317. Pembuatnya mengklaim bahwa sepeda ini bisa melaju sangat cepat dan bagi pengendaranya akan merasakan sepeda futuristik daripada sepeda konvensional biasa.

4. Celebrity Gold Bike – Needs Security Guard



Basikal ini dikhaskan untuk para selebritis dunia khususnya di England. Basikal ini dilapisi emas 24 karat dan dibuat custom oleh seniman (hand made). Basikal tersebut berharga £4,000 dan uniknya apabila sudah tuan yang punya basikal itu masuk penjaga senantiasa menjaga ketika basikal diparkir.

5. Channel Bike – Limited Edition



Basikal ini hanya dikeluarkan 50 buah. Mempunyai gelaran “Ultimate two-wheeled novelty”. Beberapa bahagian dilapisi kulit berkualiti tinggi yang dibuat oleh seorang pengumpul kulit legenda Brooks Brothers. Kerana lama dan antik basikal ini berharga $28,000 USD.

6. Diamond Encrusted Enigma Elle Bicycle



Enigma ‘Elle’ frame 50cm with mirror polished logos
2 x Collection quality diamonds (D flawless) in the top tube
3 x 18ct gold badges by Nicholas James
18ct gold plated Campagnolo Centaur carbon Group Set
700c hand built wheels: Ambrosio hubs, Mavic Open Pro Rims
& 32 x 18ct gold plated spokes per wheel
Continental GP 4000 gold tyres
Carbon fibre seat post
‘Elle’ ladies handle bars by ITH
San Marco Ladies Saddle
Easton Carbon Fibre forks

Sayangnya harga masih dirahasiakan.

7. Koga Kimera



Koga mengumum untuk membangunkan basikal ini yang menelan pembelanjaan sehingga mencapai $1,000,000 USD. Semua itu demi memenangi kejuaraan basikal Velodrome di Olimpiade Theo Bos Belanda.

Menurut laporan, basikal ini memiliki hambatan angin terendah di dunia (aerodimanika) yang memungkinkan penungang boleh menungganginya lebih laju. Tetapi basikal ini memiliki frame yang sangat keras daripada basikal velodrome yang lain membuat agak sukar dipandu.

8. BERU F1 System Factor 001 Bicycle



Basikal ini direka mengikut teknologi mobil Formula-1 (F1). Dilengkapi komputer, radio transmitter dan GPS. Basikal ini berharga GPB 20,000 (british poundsterling) ini diumukan sebagai basikal masa depan.

9. Electric Assist Bicycle by eROCKIT



Dimasukkan bateri nano-phospate lithium dengan masa pakai hingga 10 tahun atau berjalan sejauh 50.000 km. Satu bateri yang terisi boleh menggerakkan basikal ini sejauh 60-80 km, apabila habis maka penungang harus menggunakan pedalnya untuk berjalan. Harganya $44,000 USD.

10. KGS ’Tier3’ Bikes



Basikal custom ini diciptakan oleh Kevin Saunders. Maksud dari Tier 3 adalah harganya $30,000 USD. Kata pembuatnya yang membuat baisikal ini mahal adalah kerana dibuat secara eksklusif, eksotik, unik, tanda KGS, presisi tinggi dan penyelesaian yang rapi. Satu lagi, spare parts basikal ini dikatakan sukar ditemukan di seluruh dunia. !!s.t.r.o.v

Khamis, 5 April 2012

10 Langkah Hindari Bahaya Radiasi Telefon Bimbit

Wujudnya radiasi handphone yang menyebabkan gangguan kesihatan hingga kini memang masih menjadi perdebatan. Meskipun masih dalam perdebatannya, sebagai produk elektronik yang memancarkan gelombang, kewujudan handphone perlu tetapan dan tata cara pakai yang memuaskan dan selamat. Dr. George Carlo, pesara penyelidik industri handphone dari Amerika menyebutkan setiap tahun terjadi 30 hingga 50 ribu kes gangguan kesihatan akibat handphone.

Dr. Carlo juga mengatakan pada tahun lalu di negaranya terjadi 500 ribu kes gangguan kesihatan akibat handphone. Dalam kaitan tersebut, Taraka Serrano, penulis dan peguam kesihatan memberikan beberapa tips yang sekiranya berguna untuk mengelakkan BAHAYA RADIASI dari HANDPHONE.


1. Hadkan Penggunaan Masa berbual
Biasakan untuk menyekat waktu bebicara di handphone, paling tidak persiapkan terlebih dahulu bahan untuk perbincangan. Setelah dua minit anda berbincang di handphone maka aktiviti natural electrical akan mula meningkat ke otak.

2. Terdedah Terhadap Anak-anak
Anak-anak tentu mempunyai ketahanan fizikal yang lebih lemah berbanding orang dewasa, termasuk dalam hal radiasi handphone. Untuk itu biasakan Anak anda untuk tidak terlalu sering memanfaatkan handphone untuk aktiviti suara. Tapi Anak-anak perlu juga diberi pemahaman untuk pemanfaatan handphone apabila mengalami kecemasan.

3. Manfaatkan Airtube Headset
Walau telah menggunakan alat dengar bukan bermakna anda boleh bebas dari kesan radiasi. Salah satu penyelesaian yakni manfaatkan airtube alat dengar. Jenis alat dengar ini dilengkapi lubang atau rongga pada speakernya.

4. Jangan Masukkan Handphone di poket seluar
Material bahan di seluar kadang boleh menjadi konduktor yang cepat untuk radiasi, berbanding reaksi ke bahagian kepala. Salah satu kajian mendedahkan kedudukan handphone di poket seluar, terutama dekat lipatan paha boleh berpengaruh pada kualiti sperma hingga turun 30 peratus. Ini boleh menjadi perhatian penting bagi para lelaki.

5. Tunggu beberapa Saat Membuat panggilan
Apabila anda menggunakan handphone tanpa alat dengar, tunggu beberapa saat sehingga panggilan anda disambung ke rangkaian pembekal, baru kemudian tempelkan telinga ke speaker. Sedikit banyak hal ini boleh mengurangkan kesan radiasi.

6. Jangan Gunakan Handphone di Elevator.
Elevator (Lif) telah menjadi standard kemudahan di bangunan-bangunan bertingkat. Elevator pun kini sudah banyak yang dilengkapi penguat isyarat oleh para pembekal. Namun ada pendapat untuk menunda bertelepon di dalam ruang metal tertutup, dalam hal ini adalah elevator dan kenderaan box. Alasannya aktiviti handphone dapat mencetuskan hukum Faraday sehingga boleh memerangkap radiasi yang dipancarkan dan di kuwatirkan akibatnya berbalik kepada pengguna.

7. Penunjuk Kekuatan Isyarat
Dikala ingin membuat panggilan, sebaiknya perhatikan pula keadaan rangkaian pembekal di skrin handphone. Jika membuat panggilan di saat isyarat lemah atau satu bar maka proses kerja handphone untuk disambung ke rangkaian pembekal bertambah berat. Ini juga membawa kesan pada peringkat radiasi.

8. Gunakan Handphone dengan SAR Rendah
Setiap handphone yang beredar mempunyai tahap SAR (specific absorption rate) yang berlainan. SAR dalam ertikata sebagai ukuran kadar penyerapan tenaga dari RF (radio frequency) yang dapat masuk ke dalam tubuh. Semakin rendah tahap SAR maka kian bagus handphone yang dimaksudkan. Indikator SAR umumnya sudah disertakan dalam buku manual operasi handphone.

9. EMR Protection
Gunakan peranti baik handphone ataupun lain dengan validasi EMR (Electric & Magnetic Radiation) protection. Salah satu yang mencuat saat ini seperti pemanfaatan bio energy dan Scalar Energy. Radiasi EMR boleh bersifat kumulatif pada tubuh anda, wujud yang paling mudah dilihat yakni biological stress. Jadi sangat penting untuk menggunakan Perlindungan Anti Sinaran.

10. Mengambil Tambahan
Radiasi dari peranti Microwave di base station boleh mengurangkan kadar anti oxidant di dalam tubuh. Hal ini boleh menjadi ancaman, sebab anti oxidant diperlukan tubuh untuk perlindungan dan membawa pengaruh pada penunjuk stress, jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Untuk itu anda perlu mengambil suplemen yang mengandungi elemen Melatonin, Zinc, Gingko Biloba dan Bilberry Extract. Keempat elemen tersebut boleh meningkatkan anti oxidant, melindungi sel otak dan kesihatan mata.

Sumber : www.halimislam.blogspot.com