Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Isnin, 12 September 2016

Kasih Sayang Seorang IBU Itu Sesungguhnya Tiada Tandingan..Lihat Cerita Dibawah..Apa Yang Dilakukan IBU Tunggal Ini Sungguh Mengharukan !!!

Kasih Sayang Seorang IBU Itu Sesungguhnya Tiada Tandingan..Lihat Cerita Dibawah..Apa Yang Dilakukan IBU Tunggal Ini Sungguh Mengharukan !!!

Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu tunggal yang terpaksa menjadi seorang ibu dan ayah dalam masa yang sama.
4_50
Yevette Vasquez seorang ibu tunggal kepada 3 orang dari Texas ini menyamar menjadi seorang bapa untuk anak sulungnya hanya kerana tak sanggup melihat anaknya terlepas Hari Donut Bersama Bapa di sekolah. Dia menghantar anaknya ke sekolah dan pelik kereta lebih banyak daripada biasa pada hari tersebut.
Jadi dia tanya anaknya dan anaknya memberitahu ada Hari Donut Bersama Bapa pada pagi itu.
“Bukan mudah melihat ayah orang lain dengan anak mereka. Jadi saya hanya buat apa yang saya boleh hanya untuk melihat anak saya gembira.”

6_417_40

Sumber :SEMASA VIRAL 

Sabtu, 10 September 2016

Tapak Kaki Sebesar Kuku, Berat Badan Umpama Sehelai Kertas, Bayi Ini Berjuang Untuk Hidup...Yang Ada Hati Dan Perasaan Jangan Berlalu Tanpa Mengucap Amin...Tidak Membantu banyak Pun Tidak Apa..Cukuplah Sekadar Mendoakannya

Tapak Kaki Sebesar Kuku, Berat Badan Umpama Sehelai Kertas, Bayi Ini Berjuang Untuk Hidup...Yang Ada Hati Dan Perasaan Jangan Berlalu Tanpa Mengucap Amin...Tidak Membantu banyak Pun Tidak Apa..Cukuplah Sekadar Mendoakannya

screen-shot-2016-09-09-at-12-22-55-pm
Oleh Feyra Nasrom Sumber Daily Mail
Subhanallah, besar sungguh kuasa Allah. Seorang bayi yang bernama Emilia Grabarczyk dilahirkan dengan saiz tapak kaki sebesar kuku dan berat badan yang ringan ibarat sehelai kertas.
screen-shot-2016-09-09-at-12-22-47-pm
Walaupun dilahirkan tak cukup 9 bulan, bayi ini bergelar bayi terkecil di dunia dan orang ramai menjangka jangka hayat untuk hidup tidak lama. Grabarczyk berukuran 22 sentimeter dan berat badannya cuma 8 auns. “Pejuang Kecil” ini dilahirkan di Witten dan doktor beranggapan kelahiran bayi ini sebagai satu keajaiban.
“ Jarang jika bayi yang berat badannya 14 auns untuk hidup, namun lain bagi Grabarczyk, ini kuasa tuhan. Kami bersyukur kerana bayi ini berjuang untuk hidup”
Sudah masuk usia 6 bulan dan Grabarczyk menunjukkan perkembangan yang semakin sihat walaupun doktor tidak meletakkan harapan tinggi untuk bayi ini hidup lama.

Sumber : http://sajakongsi.com/
Hati-hati Kalau Lidah Anda Kelihatan Seperti Ini

Hati-hati Kalau Lidah Anda Kelihatan Seperti Ini

seperti-apa-warna-lidah-yang-sehat
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Lifebuzz
Tubuh badan yang jarang kita lihat selalunya jarang diberi perhatian. Lidah adalah anggota badan kita yang sangat penting. Tapi berapa ramai dari kita yang tahu sama ada lidah kita berada dalam keadaan sihat atau pun tak?
8_25
Kat atas ni adalah gambar lidah kita yang sihat. Tapi kalau lidah anda kelihatan seperti di bawah. Mungkin cara anda menjaga kebersihan lidah perlu ditingkatkan. Anda perlu memberus lidah sebabnya mungkin ia diselaputi bakteria.
9_26
Kadang-kadang ada juga lidah kita akan menjadi seperti di bawah ini. Tapi jangan risau sebab ia bukannya jangkitan atau kanser. Tapi boleh berjumpa doktor.
10_14
Kalau lidah anda seperti dibawah pula bermakna anda baru lepas makan makanan yang pedas dan mungkin tergigit lidah sendiri. Tapi boleh jadi juga ia disebabkan oleh kekurangan asid folik atau vitamin B-12 yang boleh menyebabkan kemerahan seperti dalam gambar di atas.
11_15
Ulser mulut selalu terjadi pada kita. Sekiranya ia berpanjangan hingga 6 minggu atau lebih segera berjumpa doktor!


Kredit : http://sajakongsi.com/
Bagaimana Lelaki Ini Lebih Menyayangi & Menghargai Isterinya Selepas 2 Kali Keguguran

Bagaimana Lelaki Ini Lebih Menyayangi & Menghargai Isterinya Selepas 2 Kali Keguguran

ohbulangugur
Anak memang satu anugerah yang tak ternilai buat pasangan suami isteri apatah lagi setelah setelah sekian lama berusaha. Iyalah rezeki masing-masing, ada yang baru sahaja berkahwin terus dikurniakan cahaya mata namun bagi yang kurang bernasib baik terpaksa menunggu lama.
Lelaki ini ceritakan kisah isterinya yang keguguran sebanyak 2 kali. Namun percubaan kali ketiga berjaya dan ini kisahnya.

2 kali keguguran

screen-shot-2016-09-10-at-1-09-44-pm

Sorok ubat

screen-shot-2016-09-10-at-1-09-56-pm

Betapa besarnya cinta dia

screen-shot-2016-09-10-at-1-10-08-pm

Cemburu sikit-sikit mesti ada

screen-shot-2016-09-10-at-1-10-21-pm
Sumber : Myzan Dzai

Kredit : http://www.ohbulan.com/
( TRENDING ) Subhanallah... Bayi Jantung Berlubang -- Mari Sama2 Kita Aaminnkan... Semoga bayi adik Nur Shaurah cekal, kuat semangat dan tabah berdepan Dgn Ujian oleh Allah..

( TRENDING ) Subhanallah... Bayi Jantung Berlubang -- Mari Sama2 Kita Aaminnkan... Semoga bayi adik Nur Shaurah cekal, kuat semangat dan tabah berdepan Dgn Ujian oleh Allah..



Kota Bharu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan penerbangan ihsan memindahkan bayi perempuan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, ke Hospital Serdang, Selangor, hari ini.
Bayi berkenaan, Nur Shaurah Shahril Nizam yang berusia sebulan menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir dan memerlukan rawatan segera.
Penerbangan medevac menggunakan helikopter Agusta Westland AW139 APMM yang diketuai Leftenan Komander Maritim Mohd Ikmal Ridzuan bersama dua anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 10 pagi tadi.
Menurutnya, penerbangan itu turut membawa ibu bayi berkenaan, Dr Hazura Hamzah yang bekerja di Hospital Tanah Merah, di sini.
Seorang doktor dan dua jururawat turut mengiringi pesakit bagi mengendali beberapa peralatan perubatan sepanjang penerbangan dan proses pemindahan itu.


Sumber : Ternyata Viral

Jumaat, 9 September 2016

KAMI HAMPIR LEMAS DALAM TREN PENUMPANG KONGSI DETIK CEMAS TERKANDAS DALAM TREN DI TEROWONG KLCC

KAMI HAMPIR LEMAS DALAM TREN PENUMPANG KONGSI DETIK CEMAS TERKANDAS DALAM TREN DI TEROWONG KLCC

2bYIZjz
Perkongsian dari Arif Rusli ini agak menyeramkan juga. Langsung tidak pernah menyangka bahawa situasi terkandas dalam tren, lebih-lebih lagi dalam terowong dalam jangka masa kurang dari 30 minit akan membuatkan para penumpangnya sesak nafas, kekurangan oksigen.
Itulah pengalaman Arif Rusli semasa menggunakan perkhidmatan awam itu semalam. Status beliau itu saja mendapat 3,000 lebih perkongsian di Facebook.
Kelmarin, LRT rosak dan down for 4-5 hours. Hari ini stuck pula dalam train, dalam terowong dekat KLCC untuk 35 minit.

10 minit yang pertama, lampu terpadam dan hanya lampu kecemasan saja yang bernyala. Emergency air on dan mood masih okay. Namun selepas 15 minit, lampu kecemasan terpadam menjadikan dalam tren itu gelap sepenuhnya. Emergency air off dan mood mula panik.

We were about to suffocate (because of panic, you tend to get suffocated faster), we then decided to open up the emergency ventilator window (which can open half)

However, since we were in a tunnel, it was still difficult to grasp for air. Hence, ppl starts shouting to just break the glass door. See how desperate we were.

Selepas 35 minit terkandas, RapidKL memutuskan untuk mengeluarkan kesemua penumpangnya.

Nak tanya sikit, RapidKL a.k.a Prasarana memang tak ada SOP ke terutamanya bila berlaku kecemasan? The fact that bila lampu dan oksigen tak ada, you guys should already be prepared to evacuate all of us! Bukan tunggu and try to fix the f*cking bloody train for another 15 minutes!

Nak kata bangang macam kasar tetapi itulah hakikatnya. Bangang! Just imagine kalau ada warga emas, asthma, pregnant lady etc yang susah bernafas. are you going to be responsible?

Seriously, your appointed in 2015 President & CEO Datuk Azmi Abdul Aziz should step down immediately! No improvement on your services yet fees raised ridiculously! And what is SPAD doint? Liow Tiong Lai? Sleeping? Good luck Malaysia. – Arif Rusli
Difahamkan, RapidKL telah mengumumkan akan memberi perkhidmatan percuma selama tiga hari bekerja pada minggu hadapan sebagai ‘gantirugi’ kepada mereka yang terjejas. – The Reporter
Sumber: citeheboh
(Video)Perkogsian Detik Ketika Bersalin..Bukan Suatu Yang Mudah Untuk Melalui Detik Sebagai Wanita,Tambahan Pula Pelu Merasai Sendiri Detik Ketika Bersalin..

(Video)Perkogsian Detik Ketika Bersalin..Bukan Suatu Yang Mudah Untuk Melalui Detik Sebagai Wanita,Tambahan Pula Pelu Merasai Sendiri Detik Ketika Bersalin..

Prem Shanker ketika 'bersalin'. - Gambar: Facebook/Mix FMPrem Shanker ketika 'bersalin'. - Gambar: Facebook/Mix FM
KUALA LUMPUR: Bukan suatu yang mudah untuk seorang lelaki melalui detik sebagai wanita, tambahan pula perlu merasai kesakitan ketika bersalin.
Namun, pengalaman manis bergelar wanita hamil berjaya dilalui penyampai radio Mix FM, Prem Shanker yang sekaligus menjadikan beliau lelaki pertama selamat ‘melahirkan’ seorang bayi.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Youtubemilik stesen radio tersebut semalam, Prem dengan berani menyahut cabaran untuk merasai sendiri pengalaman sebagai wanita hamil dan seterusnya melahirkan bayinya dalam satu program yang dikendalikan stesen berkenaan.
Berdasarkan video berkenaan, Prem dilihat memakai pakaian khas kehamilan sebelum dibawa rakan sekerjanya, Aishah Sinclair ke Pusat Perubatan Sunway di Selangor.
Prem terpaksa mengharungi saat-saat kesukaran apabila mesin “Labour Pain Simulation” dipasang kepadanya untuk merasaikan kesakitan bersalin.
Ketika mesin tersebut digunakan, Prem kedengaran berkali-kali meraung kesakitan.



Bagaimanapun, detik mencemaskan itu berakhir apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
“Saya bangga dengan awak,” kata Aishah penuh emosi.
Sementara itu Prem mengakui bahawa kehidupan sebagai seorang wanita bukan suatu yang mudah.
“Ia merupakan satu perjalanan penuh dengan emosi. Ia amat seronok dan kita belajar banyak perkara.
“Dua minggu lepas saya berkata menerusi radio nasional bahawa kehidupan wanita amat mudah. Saya tarik balik kenyataan itu dan saya minta maaf,” kata Prem.

Ternyata video tersebut berjaya mencuit hati pengguna media sosial yang mana sehingga kini ia ditonton lebih 128, 000 kali dan mendapat perkongsian lebih 4, 000.

Sumber : http://mummysado.blogspot.my/