Sabtu, 1 Oktober 2011

Buku Teks Tingkatan Dua Galakkan Pelajar Gugur Kandungan Bayi

KEPADA ibu bapa yang ada anak berumur 14 tahun atau sedang belajar di tingkatan 2 tahun ini, sila lihat buku teks latihan Bahasa Inggeris anak anda. Jika anda tak pasti buku yang mana, di bawah ini ditunjukkan rupa kulit buku yang dimaksudkan.


Di bawah ini pula salah satu kandungan buku tersebut. Buku ini menyiarkan sebuah artikel yang secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa pengguguran bayi adalah jalan penyelesaian kepada zina.

"Her dad took her to the clinic the next day to have her abortion done"


Malah artikel ini menggambarkan atau memberikan persepsi kepada anak anda bahawa proses pengguguran kandungan dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masalah.

"The abortion went like clockwork and without any difficulties and Mary came out of the clinic as healthy as before"

Kesimpulannya, tanpa anda sedari, buku ini mengajar anak anda yang berumur 14 tahun bahawa jika mereka sudah melakukan hubungan seks luar nikah dan termengandung, maka jangan risau penyelesaiannya ialah gugurkan bayi itu.

Anak anda juga tak perlu risau kerana proses pengguguran bayi boleh dilakukan di klinik-klinik berhampiran dengan mudah dan tanpa sebarang masalah.

credit : MiloSuam

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Buku Teks Tingkatan Dua Galakkan Pelajar Gugur Kandungan Bayi
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?