MEKAH – Sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota suci di Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah. Laluan keretapi ini merupakan fasa kedua dari projek laluan keretapi Haramain.
Projek pertama adalah laluan Jeddah-Rabigh. Laluan keretapi berkelajuan tinggi ini menelan belanja 30.8 Billion Riyal.
“Rundingan sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14 syarikat Arab Saudi dan Sepanyol” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari ArabNews, Khamis (3/11/2011).
Projek tersebut dijangka akan selesai dalam tiga tahun akan datang. Fasa kedua ini akan meliputi pembangunan pemasangan rel kereta, signal, sistem komunikasi, sistem elektrik, dan mengimport keretapi laju serta penyelenggaraan.
Konsortium bertanggung jawab dalam operasi dan penyelenggeraan trek keretapi ini selama 12 tahun.
Untuk laluan ini akan terdapat 35 keretapi laju dengan 13 gerabak, termasuk gerabak kelas utama dan gerabak restoran. Rel keretapi ini ialah sepanjang 444 kilometer juga akan memiliki fasiliti kesihatan.
Dengan keretapi laju ini, kata Al Seraisy, masa perjalanan Jeddah-Mekah ialah dalam setengah jam dan jarak Madinah-Jedah dua jam. Sekarang ini masa perjalanan dari Jeddah-Mekah selama satu hingga 1.5 jam, masa perjalanan Mekah-Madinah ialah antara empat sehingga lima jam. Manakala masa perjalanan dari Jeddah-Madinah ialah lebih kurang enam sehingga tujuh jam.
MEKAH – JEDDAH (65 km)
JEDDAH – RABIGH (150 km)
RABIGH – MADINAH (230 km)
JEDDAH – RABIGH (150 km)
RABIGH – MADINAH (230 km)
Laluan keretapi laju Haramain ini akan memiliki stesyen di Mekah, Madinah, Jeddah, Rabigh, dan King Abdullah Economic City (KAEC), Jeddah.
Stesyen di KAEC,Jedah.
Stesyen di Madinah
Stesyen di Mekah
Perancangan stesyen di Jeddah
Perancangan stesyen di Madinah.
Tetapi belum ada kepastian apakah laluan keretapi laju Haramain ini boleh digunakan oleh jemaah haji atau tidak. Yang pasti jika dapat digunakan jemaah haji, maka keretapi ini akan menjimatkan banyak masa perjalanan berbanding menggunakan bas selama ini.
kerja-kerja pembinaan keretapi laju di Arab Saudi sedang giat dilakukan.
Saya selalu mendengar suara-suara yang mengatakan haji sekarang susah nak mendapat haji yang mabrur.Ini kerana menunaikan haji pada zaman sekarang sudah tidak semencabar dahulu, jika dahulu tawaf hanya setingkat sehingga sesak, sekarang sudah ada tiga tingkat kalau saya tidak silap. Tempat melontar jamrah pun sudah bertingkat-tingkat,tempat bersaie antara Bukit Safa dan Marwah pun sudah ada lorong pergi dan balik.
Ada kebaikan pembangunan yang pesat di Arab Saudi yang memudahkan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan rukun Islam kelima ini. Jika dahulu, setiap tahun kerap berlaku musibah yang meragutkan beratus nyawa jemaah haji kerana pasarana lama yang sesak.
Apalagi kalau berkedudukan dan berduit, hotel berkelas lima enam bintang mencakar langait di bina di begitu hampir dengan Kaabah. Cuma sendrik mau ingatlah, tanda-tanda kiamat ialah manusia berlumba-lumba membina bangunan mencakar langit.
Namun begitu siapalah kita nak menentukan haji seseorang tu diterima, mabrur atau tidak, hanya Allah Taala yang mengetahuiNya.
sumber : isuhangat
Hangat Dari Internet Raya:
Keretapi Laju dari Mekah ke Madinah
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?