Kisah Dato’ Dr. Haron Din memindahkan sekumpulan jin menggunakan beberapa buah bas pernah hangat dulu dan masih diperkatakan sehingga sekarang. Mungkin beliau pernah membuat penjelasan sebelum ini. Kini dengan adanya teknologi internet, penjelasan lebih mudah disebarkan kepada ramai. Berikut adalah penjelasan Dato’ Dr. Haron Din tentang kisah tersebut:
“Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu.” – Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Semoga dengan penjelasan ini, masyarakat yang mengagumi dan menyayangi Dato’ Dr. Haron Din tidak lagi menggunakan kisah tersebut untuk dijadikan modal ceramah dan perbualan. Berpada-padalah dalam mengagumi manusia selain Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.
Dan buat sebahagian ahli masyarakat yang tidak menyenangi beliau, harapnya penjelasan ini memberhentikan tohmahan dan kutukan berkaitan kisah ini. Semoga kalian dapat mempelajari pengajaran bahawa memeriksa sesebuah cerita itu dari tuan punya badan adalah penting sebelum kalian ingin membantai dan mengkritik.

credit : muzir.wordpress
Hangat Dari Internet Raya:
Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas - Dr Haron Din
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?