Khamis, 12 April 2012

Kerabat DiRaja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan sokong Pakatan Rakyat


Kerabat DiRaja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan (sepupu Yang Di-Pertuan Besar N9) berada dipentas Pakatan Rakyat.

"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.

"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," Ujar beliau sewaktu menyampaikan ceramah di Sikamat, Seremban.

"Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat.

"Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," Tambah beliau lagi dihadapan lebih 1,000 hadirin dengan mengenakan pakaian berjubah dan berserban.

sumber : facebook KBSB

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Kerabat DiRaja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan sokong Pakatan Rakyat
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?