Isnin, 23 April 2012

Vedran Gerc : Pemain Import Kedah

Biodata Vedran Gerc
Date of birth : 14.02.1986
Place of birth : Rijeka 
Age : 26
Height : 1.84m
Nationality : Croatia
Position : Striker - Centre Forward
Foot : right
Latest Club : NK Karlovac



Sejenak Bersama : Vedran Gerc

ESPNSTAR.my telah menemu bual pemain import baru Kedah, Vedran Gerc yang berasal dari Croatia bagi segment kedua Sejenak Bersama.

Vedran Gerc atau lebih dikenali sebagai Gero telah menyertai skuad Hijau Kuning pada tirai perpindahan siri kedua baru-baru ini. Pada penampilan pertamanya dalam Liga Malaysia menentang Sarawak, Gero telah berjaya menjaringkan dua gol untuk Kedah dan yang tekini dia menjaringkan gol penting pada separuh akhir pertama Piala FA menentang Kelantan.

Namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai antara pemain import terbaik Liga Malaysia. Vedran Gerc yang tidak sampai sebulan di Malaysia, memberitahu ESPNSTAR.my pengalamannya bersama Kedah setakat ini.

ESPNSTAR.my: Apakah pandangan anda tentang Malaysia?
Vedran Gerc: Ini kali pertama saya ke Malaysia dan saya masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan in Malaysia.

ESPNSTAR.my: Apakah perasaan anda beraksi bersama Kedah dan menyumbang kan gol?
VG: Semestinya saya gembira dapat menjaringkan gol untuk Kedah tetapi saya baru sahaja bermain dalam dua perlawanan. Saya akan cuba menjaringkan gol dan bantu Kedah.

ESPNSTAR.my: Apakah pandangan anda tentang penyokong Kedah?
VG: Para penyokong sangat mesra dengan saya dan saya berterima kasih atas sokongan mereka. Begitu juga dengan pihak pengurusan Kedah dan pegawai lain juga melayan saya dengan baik. Saya tiada masalah setakat ini.

ESPNSTAR.my: Apakah perbezaan bola sepak di Malaysia dengan di Eropah?
VG: Saya tidak tahu tentang Kedah sebelum ini tetapi saya dapati bola sepak di sini dengan di Eropah terdapat beberapa perbezaan. Di Eropah, permainan lebih taktikal dan fiziikal manakala di Malaysia permainannya lebih pantas. Bagaimanapun saya masih perlu bermain lagi banyak perlawanan untuk lebih memahami bola sepak di Malaysia.

ESPNSTAR.my: Bosko Balaban juga berasal dari Croatia. Adakah anda mengenalinya?
VG: Ya. Saya mengenali Bosko Balaban. Dia tinggal sama bandar dengan saya di Croatia dan dia seorang pemain yang hebat.

Trivia: Perkataan Bahasa Malaysia yang pertama diketahui oleh Vedran Gerc adalah ‘makan'.

Nota: Temu bual ini telah dialih bahasa.



sumber : facebook Penyokong Setia Hijau Kuning

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Vedran Gerc : Pemain Import Kedah
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?