Alkisah...
Wang RM100 dan RM1 sama-sama diperbuat daripada kertas, sama-sama dicetak dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari bank dan beredar ke pelosok masyarakat.
Empat bulan kemudian, mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian di antara kedua duit tersebut, terjadilah percakapan di antara RM100 dan RM1.
Empat bulan kemudian, mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian di antara kedua duit tersebut, terjadilah percakapan di antara RM100 dan RM1.
RM100 memulakan perbualannya..
RM100 : Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?
RM1 : Kerana selepas aku keluar dari Bank aku terus berada di tangan golongan bawahan. Dari pengayuh beca, penjual sayur, penjual ikan dan di tangan pengemis.
Lalu RM1 bertanya kembali kepada RM100..
RM1 : Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?
RM100 : Kerana selepas aku keluar dari bank, aku terus disambut perempuan cantik, dan aku singgah ke restoran mahal, di mall dan juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet.
Lalu RM1 bertanya lagi...
Lalu RM1 bertanya lagi...
RM1 : Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?
RM100 : Tidak pernah
RM 1 : Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah Allah dan di tangan anak-anak yatim. Bahkan aku selalu bersyukur kepada Allah. Aku tidak dipandang bukan kerana sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.
Akhirnya menangislah RM 100 kerana sombong dengan kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.
Akhirnya menangislah RM 100 kerana sombong dengan kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.
Pengajaran
Janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa besar manfaat yang kita hasilkan untuk memuliakan Allah. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.
sumber asal : facebook
Hangat Dari Internet Raya:
Kisah Wang Kertas RM1 dan RM100
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?