Rabu, 2 Mei 2012

Kronologi Peristiwa Berdarah Abbasiyah

Kepada mereka yang baru mengikuti "Peristiwa berdarah Abbasiyah", berikut saya ringkaskan kronologi peristiwa semoga dapat difahami :

Ia bermula selepas himpunan jutaan Jumaat 27 April 2012 lalu. Sehari sebelum itu, pihak SPR menolak 5 rayuan bagi calon Presiden Mesir termasuk Khairat Shatir dan calon Salafi, Syeikh Hazim Abu Ismail. Parti-parti politik menyeru semua rakyat di Tahrir agar kembali ke rumah masing-masing dan himpunan telah tamat menjelang petang Jumaat tersebut.

Terdapat sekumpulan penyokong Syeikh Hazim yang masih tidak berpuashati dengan tindakan SPR menyingkirkan calon mereka dilihat berarak menuju ke Kementerian Pertahanan (Pejabat Majlis Tentera) yang terletak di jalan menghala ke Ruksi, hanya beberapa kilometer dari dataran Abbasiyah dan akan berkampung di hadapan pejabat tersebut. Beberapa buah khemah mula didirikan.

28 April : Para pelajar di Universiti Ain Syam yang terletak berhampiran dataran Abbaisyah dan penyokong Abu Ismail menutup jalan dengan penghadang besi jalan menuju ke Kementerian Pertahanan. 
-Jumlah mereka yang berkampung semakin meningkat dengan pengumuman gerakan Pemuda 6 April menyertai mereka.
-Mereka melaungkan slogan bagi menjatuhkan kerajaan tentera dan ketuanya, Musyir Tantawi.

29 April : Pertempuran kecil mula tercetus antara penunjuk perasaan dengan segolongan "kumpulan misteri". Kumpulan rakyat menuduh ia adalah kumpulan samseng upahan sementara bila ditanya, mereka menafikan dan mengaku mereka penduduk tempatan di Abbasiyah.
-Kumpulan rakyat berjaya menangkap 6 orang dari "kumpulan misteri" tersebut dan mereka mengaku menerima upah sekitar LE200 seorang seperti yang disiarkan stesen televisyen Misr25.
-Kementerian Kesihatan melaporkan 119 orang cedera dalam pertempuran tersebut.
-Pihak tentera dan pasukan polis terus mendiamkan diri sekalipun mampu bertindak mencegah lebih awal dan hanya membiarkan rakyat bertempur dengan kumpulan samseng.

30 April : Kumpulan rakyat berjaya mencekup 2 lagi "kumpulan misteri" dan mengesahkan mereka adalah samseng upahan.
-Calon Presiden Mesir, Abul Futuh meminta Majlis Tentera bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat yang berkampung kerana ia sah di sisi undang-undang dan dijamin oleh perlembagaan.

1 Mei : Cuti umum Hari Buruh. Kumpulan rakyat masih terus berusaha mematahkan serangan samseng upahan dan berjaya menghalau mereka keluar dari kawasan Abbasiyah.
-Malamnya, dilaporkan satu kumpulan rakyat dari Tahrir bergabung dengan kumpulan rakyat yang sedia ada di Abbasiyah.

2 Mei : Menjelang fajar, kumpulan samseng menyerang dengan kekerasan dan 6 kematian dilaporkan. Mereka saling membaling batu,botol dan molotiv hingga terdapat kebakaran di beberapa tempat.
-Keadaan makin huru-hara, baru kelihatan kenderaan perisai tentera dan trak polis kononnya mengawal keadaan walaupun sebenarnya sudah terlambat.
Situasi limpahan darah rakyat di Abbasiyah yang dikhianati oleh fulul Mubarak.

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Kronologi Peristiwa Berdarah Abbasiyah
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?