Sabtu, 5 Mei 2012

Respon Seorang Remaja Tingkatan 3 Tentang Bersih 3.0

Respon seorang remaja tingkatan 3 tentang Bersih baru-baru ini. Cuba kita lihat mentaliti adik kita ni bagaimana.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia.

Aku bukanlah orang yang menyokong Bersih dan juga bukanlah orang yang membenci kerajaan. Aku hanyalah seorang rakyat yang begitu kecewa dengan sikap rakyat Malaysia yang penuh dengan sifat minda kelas ke-3 yang saling tuduh menuduh, benci membenci dan hipokrit akibat terpengaruh dengan permainan kancah politik kotor negara ini.

Bersih 3.0 adalah tragedi hitam buat negara ini. Tak sepatutnya perhimpunan yang dikatakan aman ini bertukar menjadi satu perhimpunan liar. Di mana rakyat memukul pihak berkuasa dan pihak berkuasa memukul rakyat. Kerana kedua-duanya pun adalah rakyat Malaysia juga yang mempunyai hak untuk dilayan sama rata dan sama adil.

Ya, memang ketua Bersih itu S. Ambiga. Tapi perlukah kita berfikiran terlalu sempit mengatakan bahawa dia itu kafir dan menuduh Bersih itu menyokong LBGT walhal tuntutan Bersih tiada kena mengena dengan LBGT dan sentimen keagamaan. Bukankah itu satu fikiran yang salah. Bagaimana pula dengan Perdana Menteri kita yang melawat Pope di Vertican? Bagaimana pula selepas itu kerajaan Malaysia meluluskan pembinaan gereja terbesar? Pasti ada pihak yang marah sekiranya ada golongan yang menuduh kerajaan cuba menyemarakkan ajaran Kristian dinegara ini. Jadi sila berlaku adil dalam perkara ini.

Adakah mengikut arahan seorang kafir akan menjadikan kita kafir? Pada pandangan aku tidak. Kita kena lihat pada konteks arahan tersebut adakah ianya baik atau pun tidak. S. Ambiga cuma mengarahkan pendemo untuk duduk dan bantah. Tiada melibatkan unsur keagamaan atau pun sentimen bangsa. Tiada arahan untuk melawan agama atau meninggalkan solat. Even kalau ketuanya orang Islam sekalipun, kalau arahannya supaya bergelek di pusat-pusat hiburan juga akan jadi salah.

Ada juga pendemo Bersih yang melakukan solat berjemaah dijalanan menunjukkan mereka tidak lupa dengan tanggungjawab mereka pada agama. Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja di McDonald dan KFC yang rata-rata kita tahu sebuah francais Yahudi yang menyokong gerakan Israel. Adakah pekerja Islam yang bekerja itu menjadi kafir dan menkhianati agama Islam?

Perlukah polis-polis yang bertugas itu diselar dengan tomahan anjing? Sedangkan mereka bekerja untuk menyara anak dan isteri. Mereka juga bekerja kerana Allah bukan hanya kerana negara. Mereka juga saudara se-Islam kita dan mereka juga rakyat Malaysia yang mahukan keamanan seperti kamu juga yang menyertai Bersih. Apa yang kita mahukan adalah sama tapi kenapa perlu bertelagah antara satu sama lain?

Perlukah kita berfikiran sempit sekiranya ada yang menyelar sikap gangsterisme sesetengah anggota polis atau FRU. kita memberi alasan minda kelas ke-3 “Kutuk-kutuk polis nanti kalau ada masalah jumpa polis juga”. Serius aku tidak faham. Pemikiran beginilah yang mengubah Polis Di Raja Malaysia menjadi Polis Raja Di Malaysia. Kerana kita tidak boleh menyelar tindakan segelintir polis yang bersikap gangsterisme.

Memang kita tidak boleh aspect bahawa perhimpunan yang besar sebegini akan berjalan seperti apa yang dirancangkan. Kerana kedua-dua pihak mempunyai sifat bermusuhan sejak sebelum hadi di tempat kejadian lagi. Bersih menganggap anggota penguatkuasa sebagai musuh dan begitu juga pihak penguatkuasa menganggap Bersih sebagai musuh. Sedangkan kita semua adalah bersaudara. Tidak semua pendemo Bersih itu jahat dan tidak semua anggota penguatkuasa itu jahat. Cuma ada segelintir sahaja yang menjadi duri dalam daging, musuh dalam lipatan yang sengaja mencetuskan provokasi. Sedikit sahaja mereka sebarkan virus jahat mereka maka kedua-dua pihak (Bersih & Polis) akan bertelagah. Anasir jahat yang disebarkan oleh makhluk perosak yang aku describekan sebagai pihak ke-3 yang datangnya tidak dijemput.

Seperti Facebook juga. Yang menciptanya adalah orang Yahudi. Adakah kita menggunakannya menjadikan kita Yahudi? Adakah kita mahupun Mark Zukerberg boleh aspect semua yang menggunakan laman sosial ini akan menggunakannya dijalan yang betul walhal kita tahu bahawa laman social ini dicipta bukan untuk perkara yang tidak baik? Fikir-fikirkanlah.


Assalamualaikum wbt,

Selamat Sejahtera..

-Rakyat Malaysia-



sumber : fb Oh! Tidak.

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Respon Seorang Remaja Tingkatan 3 Tentang Bersih 3.0
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?