1. Kempen Serangan Aleutian Islands Oleh Tentera Bersekutu
Tanggal 3 Jun, 1942 , tentera Jepun telah menakluk dan menduduki dua buah pulau berasingan iaitu Attu dan Kiska, yang terletak di Alaska. Pihak tentera bersekutu telah menyerang dan cuba mengambil alih pulau-pulau ini. Namun begitu, kempen ini boleh dianggap gagal walaupun tentera bersekutu berjaya menawan kedua-dua pulau tersebut kerana dari segi strategik, ia tidak berbaloi, malah kedudukan pulau-pulau ini tidak membawa sebarang implikasi besar dalam strategi ketenteraan. Malah, banyak tentera Amerika yang mati bukan kerana bertempur dengan musuh tetapi akibat penyakit, cuaca, tembakan rakan dan juga jerangkap samar.
2. Kubu Tentera Jepun Yang Terasing
Sedia maklum, banyak pulau-pulau sekitar kepulauan Pasifik telah berjaya ditakluk oleh Jepun. Dan pulau-pulau ini telah dijadikan antara kubu-kubu terasing yang dijaga oleh sebilangan kecil tentera Jepun. Keterasingan ini telah menyebabkan ada antara kubu-kubu di pulau-pulau ini tidak langsung mengetahui bahawa Jepun telah menyerah kalah. Malah ada laporan mengatakan, tentera Jepun terakhir yang menyerah kalah dan tidak percaya bahawa Jepun telah kalah adalah Hiroo Onada, yang hanya menyerah kalah pada tahun 1974, iaitu selepas 29 tahun Jepun istihar kalah dalam Perang Dunia Kedua!
3. Pertempuran Vichy France Dengan Tentera Bersekutu
Selepas Perancis kecundang pada tahun 1940 oleh tentera German; pihak German telah mewujudkan sebuah pentadbiran boneka di Vichy. Kerajaan ini sebenarnya tiada pun kuasa atau bala tentera, namun selepas Perancis tewas, masih terdapat serpihan kecil tentera Perancis di Afrika Utara, Kepulauan Pasifik dan beberapa buah kapal perang.
Semasa operasi ketenteraan dinamankan Operation Torch, tentera Vichy telah dipaksa untuk menentang tentera bersekutu yang cuba untuk menakluk kembali Perancis (D-Day), ini telah mengakibatkan tentera bersekutu kehilangan 556 tentera Amerika terbunuh dan 837 cedera. Sebanyak 300 tentera British dan 700 tentera Perancis juga terkorban - walaupun mereka sebenarnya cuba untuk membebaskan negara Perancis dari German.
4. Pembabitan Amerika Selatan Dalam Perang Dunia Kedua
Walaupun peperangan ketika itu dikenali sebagai Perang Dunia Kedua, ramai tidak menyatakan akan pembabitan negara-negara dari benua Amerika Selatan. Malah, hanya sedikit fakta atau cerita mengenainya diketahui umum. Negara seperi Brazil misalnya, telah berjaya menawan 20,573 tawanan perang Axis (Itali), termasuk 2 jeneral, 892 pegawai dan 19,679 tentera pelbagai pangkat. Semasa perang, Brazil hanya kehilangan 948 tentera sahaja semasa kempen tentera bersekutu.
5. Operasi Drumbeat
Ramai yang fikir bahawa U-boat - kelas kapal selam kepunyaan Jerman hanya menyerang dan berada di sekitar Lautan Atlantik, atau di Greenland atau juga sekitar Eropah. Apa yang tidak ramai tahu ialah kapal selam Jerman pernah berada dalam posisi terdekat di Amerika iaitu berada di sekitar perairan Amerika.
Bagaimanapun, Operasi Drumbeat telah menyatakan sebaliknya di mana kempen ini telah melibatkan lebih dari 40 U-Boat yang ditugaskan untuk menyerang kapal2 yang berada di perairan Amerika ketika itu.
Malah, ada yang melaporkan bahawa kapl selam Jerman U-Boat ini pernah mendarat atau berlabuh di pesisir pantai Amerika! Kes berlaku di Long Island, New York, dan juga Ponte Vedra, Florida, di mana lapan orang tentera Jerman telah berjaya masuk ke dalam wilayah Amerika Syarikat, dan hanya disedari selepas berminggu-minggu lamanya sejak mereka mendaratkan diri dari kapal selam.
6. Insiden Niihau
Pada tarikh 7 Disember 1941, Jepun telah menyerang dan mengebom Pearl Harbor. Semasa pengeboman ini, banyak tentera kamikaze Jepun telah kembali ke kapal induk mereka, tetapi ada juga yang berjaya ditembak jatuh dan terhempas di kepulauan Oahu.
Mengikut perancangan, juruterbang Jepun sepatutnya mendarat/terhempas di kepulauan Ni’ihau, seandainya ditembak jatuh. Mereka menyangkakan pulau Ni'ihau ini tidak berpenghuni sedangkan ia sebenarnya mempunyai penduduk. Antara tenterea Jepun yang bernasib malang - ditembak oleh pihak Amerika ialah kapal terbang yang dipandu oleh Shigenori Nishikaichi. Kapal terbangnya rosak teruk dan terpaksa mendarat, dan dia telah mendarat di Pulau Ni’ihau seperti yang telah diarahkan.
Terkejut kerana menyangkakan pulau itu tidak berpenghuni. Namun, dia telah dilayan seperti seorang tetamu di pulau tersebut, yang pada ketika itu, penduduk di situ tidak mengetahui bahawa Pearl Habour telah dibom oleh tentera Jepun termasuklah Shigenori Nishikaichi.
Apabila berita tersebar mengenai pengeboman Pearl Habour, juruterbang ini bersama 3 lagi rakyat Jepun telah ditangkap dan akhirnya ditembak mati. Insiden ini dikenali sebagai insiden Niihau.
7. Tentera Jerman Sebenarnya Bukan Hanya Dari Jerman
Ramai yang anggap bahawa bala tentera Jerman hanya terdiri dari rakyat Jerman sahaja atau yang menjadi ahli Parti Nazi. Sebenarnya tentera Jerman terdiri dari beberapa lagi negara yang menyokong Nazi, antaranya Batalion Infanteri ke 373, yang terdiri dari rakyat Belgium. Manakala, Frikorps Danmark telah diwujudkan di Denmark untuk merekrut anggota Nazi dari warga Denmark. Begitu juga dengan negara-negara seperti Estonia, Peranchis, Greece, Hungary, Poland, dan Norway. Malah, ada di kalangan tentera Nazi Jerman diwujudkan dari British Free Corps. Mereka ini terdiri dari 27 tentera yang merupakan warga nergara New Zealander, Kanada dan Australia.
8. Belon Api Dari Jepun
Menjelang tahun 1944, awal tahun 1945, pihak Tentera Jepun telah melancarkan lebih dari 9000 “Belon Api” dari Kepulauan Honshu. Belon-belon ini dibuat dari sejenis kertas khas - washi, yang mengandungi gas hidrogen serta bahan api.
Belon-belon ini sepatutnya menuju ke Amerika Utara, dan sepatutnya meletup di sana. Namun, hanya 1000 belon berjaya sampai ke Amerika Utara. Ia dikatakan pelan peperangan yang tidak berjaya, walaupun begitu letupan dari belon api ini telah mengorbankan 6 rakyat Amerika pada 1945 - hanya dari satu letupan.
9. Stalag Luft III
Stalag Luft III merupakan sebuah kem tahanan yang dibina oleh tentera Nazi Jerman. Ia terdiri dari banyak tentera dan juruterbang tentera Bersekutu yang ditawan. Walaupun kem tahanan ini dikatakan dikawal ketat, namun tahanan-tahanan yang ada telah merancang untuk membebaskan diri. Lebih dari 600 tahanan telah merancang untuk melarikandiri dari tahanan di kem tersebut. Mereka telah mula menggali terowong.
Pada 24 Mac, 1944, perancangan yang telah diatur mula menampakkan kegagalan, sewaktu ini, mereka hanya berjaya loloskan diri seramai 77 orang yang akhirnya berjaya ditangkap kembali. Dari 77, hanya 3 berjaya hidup dan 50 tahanan yang ditangkap semula kemudiannya ditembak mati. Kalau anda nak tahu, kisah ini ada difilemkan pada tahun 1963, “The Great Escape” - pernah ditayangkan di tv Malaysia, dan saya ada tengok!
10. Perlawanan Maut - Bola Sepak
Ia merupakan sebuah perlawanan bola sepak yang mengundang maut buat pasukan yang telah menang. "The Death Match" merupakan perlawanan bolasepak antara tahanan perang Russia, “FC Start”, yang menentang pasukan Jerman yang terdiri dari anggota Luftwaffe, “Flakelf”.
Perlawanan ini dibuat pada 9 Ogos, 1942, yang telah diadili oleh seorang pengadil dari tentera Waffen SS. Pengadil memang sangat berat sebelah sehinggakan membenarkan kepala penjaga gol pasukan Russia ditendang dan mengakibatkan kecederaan serius. Walaubagaimanapun, mereka telah menang 5-3. Perlawanan ini pernah difilemkan dan dilakonkan antaranya oleh Pele - Lagenda Bolasepak Dunia. (Saya tengok filem ini!!)
Kerana kemenangan tersebut, ahli pasukan FC Start telah diseksa oleh Gestapo, dan antara yang mati semasa ditahan oleh Gestapo ialah Mykola Korotkykh. Yang lainnya kemudian dihantar ke kem tahanan/buruh paksa Syrets, yang memperlihatkan Ivan Kuzmenko, Oleksey Klimenko, dan penjaga gol FC Start Mykola Trusevich dibunuh pada tahun 1943 (Februari).

sumber : facebook
Hangat Dari Internet Raya:
10 Sejarah Dunia Tentera dan Peperangan Yang Tidak Diketahui Umum
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?