Jumaat, 29 Jun 2012

8 Pahala Yang Berterusan Walaupun Telah Meninggal Dunia

Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap di terima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.

3. Sesiapa yang menulis mashaf (naskhah al-Quran yang tertulis tangan) selagi ada orang membacanya.

4. Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakanya.

5. Sesiapa yang nenanam tanam-tanaman selagi ada yang memakanya, sama ada manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.

8. Guru al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.





Sumber : Majalah IMAN Keluaran Bil 04

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

8 Pahala Yang Berterusan Walaupun Telah Meninggal Dunia
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?