Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak..
Daripada Abu Umamah r.a beliau bercerita:
Rasulullah berkata: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu kamu? Pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah, Moga Allah menjadikan aku tebusanmu (iaitu sekiranya engkau ditawan, aku rela jadi tebusanmu). Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu mereka.
-Riwayat Ahmad-
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.
Renungan Hadis
Daripada Abu Umamah r.a beliau bercerita:
Suatu hari seorang pemuda datang kepada Nabi SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah. izinkan saya berzina. Lalu para sahabat yang hadir menoleh kepada pemuda itu dan mencemuhnya. Lalu Rasulullah SAW memanggilnya: Mari dekat sini. Dia pun duduk dekat Rasulullah.
Rasulullah berkata: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu kamu? Pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah, Moga Allah menjadikan aku tebusanmu (iaitu sekiranya engkau ditawan, aku rela jadi tebusanmu). Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu mereka.
Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada anak perempuanmu? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada anak-anak perempuan mereka.
Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada saudara perempuan kamu? Pemuda itu menjawab: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.
Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ayah)? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.
Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ibu)? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.
Kemudian Rasullullah meletakkan tangannya di (dada) lelaki itu dan berdoa: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Sesudah itu pemuda tersebut berpaling ( tidak berkeinginan) untuk berzina.
-Riwayat Ahmad-
sumber: Majalah Solusi
Hangat Dari Internet Raya:
Doa Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?