Isnin, 1 April 2013

Perancangan Yang Berisiko Setelah Mendapat Keputusan SPM



Selepas mendapat keputusan SPM, antara cara membuat perancangan yang berisiko mengundang rasa terkilan malah mungkin penyesalan pada usia 38 tahun ialah:

1. Mahu sambung belajar di mana dan dalam bidang apa, IKUT KAWAN / KEKASIH.

2. Sambung belajar dalam bidang yang ibu bapa suka tetapi diri sendiri benci.

3. Sambung belajar di luar negara sebab mahu main salji dan hantar Salam Perantau ke akhbar pembohong di musim Raya.

4. Tidak mempertimbangkan bidang yang bukan stereotaip.

5. Memilih bidang semata-mata dengan pertimbangan mana yang menjamin pekerjaan.

6. Tidak payah sambung belajar, janji lepas duit rokok dan minyak motor.

7. Tidak kisah bidang apa asalkan dekat dengan ibu bapa tanpa sebab yang wajar (ibu bapa sakit dll)


Dalam hidup ini, ada benda yang jika silap, kita boleh dengan mudah betulkan. Misalnya pakai baju kurung warna pink, tudung hijau pucuk pisang. Tetapi ada sesetengah keputusan, kita perlu menanggung kesannya mungkin sepanjang hayat.

Tanya diri, bagaimanakah DIRI INI dapat melakukan yang terbaik, memberi yang terbaik dan umat mendapat yang terbaik daripada diri?

Selepas mendapat keputusan SPM, keputusan untuk sambung belajar dalam bidang apa dan di mana, adalah soalan pertama kalian perlu jawab tanpa skema jawapan dan soalan-soalan tahun lepas.

Ia bukan lagi permainan untuk diketahui tekniknya.

Ia seperti berkahwin, iaitu satu keputusan yang perlu dibuat oleh seorang remaja yang tidak berpengalaman, tetapi keputusannya perlu valid dan betul sepanjang hayat.

Selamat datang ke NON-SPM LIFE, guys!

Semoga Allah merahmati adik-adikku semua!





Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Perancangan Yang Berisiko Setelah Mendapat Keputusan SPM
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?