Sabtu, 26 September 2015

Pemuda ‘Dirasuk’, Bersilat Dalam Masjid






JIKA di Malaysia, kita digemparkan dengan insiden seorang jemaah menampar Imam II Masjid Negara ketika sedang solat Jumaat baru-baru ini.

Sementara di Singapura pula, kecoh dengan cerita mengenai seorang pemuda yang ‘dirasuk’ secara tiba-tiba dan bersilat di dalam sebuah masjid.

Kejadian haru-biru tersebut sempat dirakamkan jemaah dan video berkenaan mula menjadi viral menerusi media sosial di republik itu baru-baru ini.

Memetik laporan BERITAMediaCorp, kejadian itu berlaku di Masjid Al Khair, pada hari Selasa lalu sebelum jemaah mengerjakan solat fardu Zohor.

Tidak tahu apa puncanya, lelaki yang sedang histeria itu dilihat mula ‘buka langkah’ menunjukkan aksi silatnya sambil memekik-mekik di dalam dewan masjid.

Berikutan itu, seorang imam masjid dilihat bertindak pantas segera melaungkan azan sebagai usaha bagi menenangkan pemuda tersebut.

Menerusi rakaman video itu, setelah beberapa minit dirasuk, pemuda itu kemudian ditangkap serta ditenangkan oleh para jemaah dan kakitangan masjid.

Difahamkan, pemuda tersebut dibenarkan keluar meninggalkan masjid yang terletak di Choa Chu Kang itu sejurus selepas dia berjaya ditenangkan.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al Khair, Rashid Ramli mengesahkan kejadian ‘rasuk’ tersebut. Masjid yang dibuka sejak 1960-an itu boleh memuatkan 3,300 jemaah.

Menurutnya, ini bukanlah kejadian histeria pertama berlaku di situ kerana sebelum ini terdapat seorang perempuan turut dirasuk ketika berada dalam masjid itu.

Sumber– MYNEWSHUB.CC



Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Pemuda ‘Dirasuk’, Bersilat Dalam Masjid
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?