Selasa, 6 Oktober 2015

(4 Gambar) Jangan Salahkan Saya Jika Peminat Benafsu - Sara Ali





Terbaru, sebuah blog hiburan tempatan menyiarkan artikel mengatakan ‘shortpant’ Sara Ali telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada penonton dan peminat.

Antara reaksi dari peminat termasuklah komen-komen negatif mengatakan Sara tidak sensitif sehinggakan namanya menjadi ‘trending topic’ di Twitter mengalahkan artis-artis lain.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Sara menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan apa yang orang katakan di laman Twitter.




“Tweet is a tweet. Saya tak respon dari isu ataupun dari ‘tweet’ orang lain,” tegas Sara merujuk pada komen negatif terhadapnya di Twitter.


Sara yang juga merupakan salah seorang pelakon filem ‘Songlap’ hanya menganggap ini semua adalah perkara biasa yang harus ditempuhnya.

“Bagi saya macam ni, bukan saya yang ghairah, atau pun dia yang ghairah. Saya otak tak ‘kuning’ dan dia pun otak tak ‘kuning’. Ok, habis cerita.”
“Standard la orang duk bercakap pasal kita. Saya tahu saya salah. Lagipun saya malas nak ambil tahu. Saya dah buat apa yang patut dan kali ini saya dah tersalah buat,” jelas pelakon berumur 25 tahun ini.
 

Dalam pada itu, melalui respon peminat yang lain, ramai juga yang tidak bersetuju dengan isu ‘shortpants’ Sara Ali.

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

(4 Gambar) Jangan Salahkan Saya Jika Peminat Benafsu - Sara Ali
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?