Pelakon jelita Nur Fathia menyangkal dakwaan kononnya dia tampil berbogel dalam filem terbaru lakonannya "Darah Panas" yang menjadi bualan hangat ramai kini.
"Sebenarnya tidak wujud istilah berbogel dalam filem ini. Saya hanya memakai baju dress merah jambu bagi menjayakan watak sebagai gadis kampung yang dipaksa menjadi pelacur.
"Jika orang ramai menonton sendiri filem ini makan mereka sendiri pasti tertanya-tanya bahagian mana yang saya berbogel itu?
"Malah babak rogol pun tiada dalam filem ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Fathia menjelaskan dia menerima tawaran berlakon filem tersebut kerana mahu mendidik generasi muda agar tidak mudah tertipu dengan tipu helah di media sosial atau mempercayai orang yang tidak dikenali.
"Saya bakal tampil dengan produk pelangsing tubuh tidak lama lagi. Idea tercetus daripada Kak Ziela dan saya juga tertarik dengan keberkesanan produk ini yang membuatkan saya ingin turut terlibat sama.
"Ia berasaskan bahan yang mengandungi fiber yang melancarkan sistem pencernaan dengan cara selamat.
"Sejak mengamalkan produk ini saya berjaya mengurangkan dua kilogram, namun banyak lagi yang perlu saya kurangkan."
Hangat Dari Internet Raya:
Aksi Panas Nur Fathia Cetus Kontroversi..!! (3 Gambar)
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?