Seorang lelaki melarikan diri sebelum ditangkap di atas kesalahan merogol kanak-kanak di bawah umur, lelaki itu dikenali sebagai Ahmad Affifuddin Ismail, seorang pemandu lori telah dituduh merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.
KUALA PILAH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada November tahun lepas.
Tertuduh, Ahmad Affifuddin Ismail, 30, yang bekerja sebagai pemandu lori, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Mengikut pertuduhan, dia dituduh merogol kanak-kanak itu yang juga murid sekolah rendah di daerah Jempol, di sebuah rumah di Kampung Batu Bakar, Bahau.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri, memohon tertuduh tidak diikat jamin memandangkan keseriusan kes merogol kanak-kanak berusia 11 tahun dan tangkapan tertuduh mengambil masa lama kerana melarikan diri.
Tertuduh yang diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Seremban, memohon agar dia dibenarkan diikat jamin atas budi bicara mahkamah.
Hakim Sazlina membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali pada setiap bulan serta melarang tertuduh mendekati mangsa atau keluarga mangsa sehingga kes selesai. Mahkamah kemudian menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Hangat Dari Internet Raya:
Kes Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?