Sabtu, 3 Oktober 2015

Pelajar Sekolah Semakin Berani Melakukan Aksi Tidak Senonoh Di Tempat Awam




Semakin ramai pelajar-pelajar sekolah di Singapura "dikantoikan" oleh warga internet kerana berkelakuan tidak senonoh dan menghairahkan walaupun dua bulan lepas, dua orang pelajar dari Sekolah Menengah Yohua telah dikenakan hukuman akibat perbuatan lucah mereka.

Laman web Stomp melaporkan tiga kes sahaja pada bulan Mac ini.

Insiden pertama, sepasang pelajar yang masih lagi beruniform sekolah telah dilihat bercumbu-cumbuan di sebuah coffehouse di Holland Village.

Menurut sumber yang menghantar gambar tersebut pada Stomp, pasangan tersebut dipercayai dari sebuah sekolah elit.


Sepasang lagi pelajar telah dilihat di dalam MRT juga masih beruniform berpeluk-pelukan sambil bercumbuan tanpa menghiraukan orang ramai di dalam tren tersebut.

Pasangan tersebut jelas kelihata sangat muda dan mentah.



Pada 5 Mac pula, sepasang lagi pelajar sekolah menengah dilihat sedang berkucupan di tempat awam hingga menyebabkan orang yang lalu lalang berasa tidak selesa dengan perbuatan mereka.


Kemudian, sekumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah telah dilihat pada awal Februari lalu di Tampines 1 Shopping Mall "bertindihan" antara satu sama lain.

Pada January lepas, sepasang pelajar dari Sekolah Menengah Joshua telah menjadi tajuk berita panas apabila kedua-duanya telah dilihat melakukan aktiviti yang tidak senonoh di taman permainan awam selama dua jam.
Mereka dikatakan bercumbuan sambil pelajar perempuan itu diraba-raba oleh pelajar lelaki tersebut.

Kedua-dua pelajar itu telah diberi kaunseling dan ibu bapa mereka dimaklumkan.

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Pelajar Sekolah Semakin Berani Melakukan Aksi Tidak Senonoh Di Tempat Awam
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?