Isnin, 19 Oktober 2015

Siang Berkerja Malam Rebus dan Jual Air Ketum Kakitangan DBKL Didenda 6000

Seorang Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur didenda RM6000 kerana didapati bersalah merebus dan menjual air rebusan daun Ketum. Dia yang pernah ditangkap sebelum ini kerana mempunyai kesalahan yang sama seperti tidak serik untuk menjualnya lagi.


Kuala Lumpur: Pernah dihukum mahkamah kerana menjual air daun ketum. Namun, seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak serik apabila masih menjual air rebusan daun khayal itu bersama cecair ubat batuk.

Campuran dua cecair itu dipercayai boleh membuatkan penagih memperoleh kesan khayal berganda selain dijadikan alternatif menggantikan dadah heroin atau syabu.

Kegiatan itu dibongkar selepas polis menyerbu sebuah premis di Taman Keramat, Ampang di sini, jam 9.40 malam kelmarin, yang dijadikan lokasi merebus dan membungkus air daun ketum.

Difahamkan suspek lelaki berusia 34 tahun itu sebelum ini pernah ditahan polis pada Mei lalu dan sudah dikenakan denda sebanyak RM6,000 atas kesalahan sama.

Sumber polis berkata, suspek ditahan bersama enam rakan lain di premis perniagaan itu ketika sedang berkumpul di sebuah meja.


Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Siang Berkerja Malam Rebus dan Jual Air Ketum Kakitangan DBKL Didenda 6000
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?