Selasa, 13 Oktober 2015

Terkini!! Padah perompak salah pilih mangsa




Monique Bastos, 23, juara MMA enam kali.

Acailandia (Brazil): Seorang lelaki yang cuba menyamun seorang wanita dan rakannya di tepi jalan mendapat nasib malang kerana wanita berkenaan adalah juara seni mempertahankan diri.

Akibatnya lelaki berkenaan terpaksa merayu dilepaskan malah rela diserah kepada polis apabila lehernya dikunci dengan gerakan seni jiu-jitsu.


Lelaki itu dan rakannya menghampiri Monique Bastos serta rakan perempuannya yang berada di atas motosikal dan menuntut mereka menyerahkan telefon bimbit.



Menurut laporan lama web Brazil, iG, Mobique, 23, yang pernah menjuarai enam pertandingan MMA, menumbuk lelaki itu sebelum menjatuhkannya ke tanah dan mengunci lehernya selama 20 minit sehingga polis tiba.
“Seorang lelaki merampas telefon saya. Melihat mereka tidak bersenjata, saya menolak motosikal mereka hingga jatuh.



“Seorang melarikan diri tetapi penunggang motosikal itu tidak sempat membolehkan saya menangkapnya dengan mengunci lehernya dengan kaki,” katanya.

Lelaki itu menjerit: “Ayah, ayah, panggil polis. Tolong, saya janji ini kali pertama dan terakhir buat macam ini. Sesiapa saja tolong saya.”


Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Terkini!! Padah perompak salah pilih mangsa
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?