#Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca banyak status di Facebook mana boleh duduk diam dapat duit. Ramai yang komem sebab keluar kes Penaung Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia dihadapkan ke makamah kerana memperdaya 101 pelabur bernilai 4 juta. Ramai yang kata mana boleh duduk diam boleh dapat duit. Tak salah komen tersebut kerana majoriti manusia memang berfikiran begiti dan hanya minoriti sahaja yang berfikirana sebaliknya.
--------
#Kebetulan baru-baru ini dalam pertemuan komuniti bisnis asean jemaah Denaihati kami ada membincangkan hal ni. Jadi jom kita main kira-kira.
*Katalah kita melabur duit RM1 juta di Tabung Haji. Aku memilih Tabung Haji kerana simpanan di Tabung haji tak ada had tidak seperti ASB maksima pelaburan hanya RM200 ribu.
*Katakan Tabung Haji bayar dividen 7% setahun. Purata 7% diambil mengambil kita purata dividen Tabung haji dari tahun 1994 – 2014.
*Jumlah dividen yang diterima setahun adalah RM1 juta x 7% = RM70,000
*Jumlah dividen RM70,000 di bahagi dengan 12 bulan makna purata sebulan adalah RM5,8333.
*Kita akan mendapat pendapatan purata RM5,8333 setiap bulan selama mana pelaburan RM1 juta tidak dikeluarkan daripada Tabung haji. Jumlah ini akan berubah dengan berubahnya dividen Tabung Haji setiap tahun.
Ini yg dikatakan duduk diam dapat duit atau kalau komuniti investment sebut duit bekerja untuk mereka bukan kita bekerja siang malam sampai pencen mencari duit seperti majoriti manusia lain lakukan. Kelihatan sangat mustahil tetapi kalau kawan pembaca ada kawan di HQ Tabung Haji tanyakan berapa ramai yang sedang menikmati duit bekerja untuk mereka untuk sekian tahunnya. Bukan sekadar RM5,833 sebulan malahan ada yang mendapat sehingga puluhan ribu sebulan kerana mereka melabur lebih banyak.
*Pelaburan RM2 juta pendapatan bulanan purata RM11,666
*Pelaburan RM3 juta pendapatan bulanan purata RM17,500
*Pelaburan RM4 juta pendapatan bulanan purata RM23,333
#Soalnya boleh tak kita mengumpul RM1 juta untuk dilaburkan dalam Tabung Haji. Bagi orang biasa memang mustahil. Bagi orang yang luar biasa mereka cari jalan dan bila sudah jumpa mereka akan bekerja sungguh-sungguh tiga empat tahun untuk kumpul RM1 juta kemudian boleh fokus tahun selebihnya hidup mendidik keluarga, mengembara dan buat kerja kebajikan di seluruh dunia. Aku sudah berjumpa dengan ramai sahabat-sahabat yang mempunyai kebebasan kewangan dan kebebasan masa apabila duit bekerja untuk mereka.
-----------
Tulisan ini hanya memberi satu contoh bagaimana duit boleh berkerja untuk kita iaitu pelaburan di Tabung Haji. Pelabur juga boleh melabur di hartanah, saham-saham amanah yang lain, pelaburan emas, pelaburan BSKL dan pelaburan pada bisnis tertentu. Paling penting setiap sumber mesti halal dan digunakan pada tempat yang halal kerana semuanya kelak bakal ditanya ALLAH di negeri akhirat.
Kepada yang kreatif nak mengumpul RM1 juta pertama, ada yang belajar cara buat duit secara online, nak tahu cara download je buku Sifu Online Irfan Khairi. Ada yang berniaga di Facebook kepada yang belum pernah buat boleh download buku cara mudah berniaga di Facebook. Jangan sayang nak keluar sedikit modal untuk belajar kerana bagi yang tak percaya diri akan terus bekerja seperti biasa sampai bersara dan sambung bekerja lain selepas bersara. Kepada yang suka bisnis networking global boleh bersama Jemaah Bisnis Denaihati. Nak berjaya mesti bekerja dalam jemaah jangan sedirian memang sukar untuk mencapai misi RM1 juta, tak kisahlah apa pilihan anda yang penting BERTINDAK.
Ada yg sudah berjaya melakukan, sebahagian kecil sedang berusaha mencapai impian simpanan RM1 juta dan majoriti tak pernah mimpi. Anda yang mana??
Hangat Dari Internet Raya:
CARA DUIT BEKERJA UNTUK KITA BUKAN KITA BEKERJA UNTUK DUIT
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?