Isnin, 28 Disember 2015

Doa Dan Amalan Untuk Menyembuhkan Rabun Mata


#Doa dan amalan untuk menyembuhkan rabun mata ini asalnya dikongsikan oleh Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin di laman youtube beliau...

#Menurut ustaz Amin, doa ini beliau dapat semasa menziarahi ulama di Makkah... Kami kongsikan semula di sini supaya semua mendapat manfaat dan kebaikan dari perkongsian doa ini insyaAllah...

#Amalan ini mesti dibuat setiap kali solat Fardhu

--------

Baca: Panduan lengkap cara khusyuk dalam solat

^Caranya:

*Rapatkan dua jari seperti gambar di bawah



*Selawat 3 kali - Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad

*Baca 3 kali ayat ini - la ilaha illallah  nurul 'ain muhammadur rasulullah qurratu 'ain

*Tiupkan pada jari dan gosokkan sendi jari pada mata dari dalam ke luar



*Kemudian baca lagi pada jari Surah Qaf ayat  ke 22 (mula dari fakasyafna.........)dan sapukan pada mata sekali lagi...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬


+Maksudnya : maka kami(Allah) singkapkan daripada engkau(manusia) tabirmu penutupmu lalu pandanganmu pada hari menjadi tajam...


+Menurut ustaz, seorang yang memakai cermin mata selama 30 tahun telah mengamalkan doa dan amalan ini Alhamdulillah dalam masa 6 bulan power cermin matanya 600 kedua -dua belah telah turun dan boleh melihat tanpa menggunakan cermin mata...

in sya Allah jika kita melakukan sesuatu dengan istiqamah pasti akan berhasil...


Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Doa Dan Amalan Untuk Menyembuhkan Rabun Mata
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?