Bau badan yg tidak menyenangkan amat memalukan... Bagi mereka yg mengalami masalah ini, cubalah mana#mana petua di bawah ini:
------
------
# Petua Hilangkan Bau Badan dgn Hampas Teh
Gosok hampas teh yg telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk... Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi... Amalkan 3 kali seminggu...
# Petua Hilangkan Bau dgn Badan Hampas kelapa
Gosok hampas kelapa yg telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk... Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas... Amalkan 3 kali seminggu...
# Petua Hilangkan Bau Badan dgn Beras
Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus... Ramas hingga hancur dan campurkan dgn sedikit air asam jawa... Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit... Kemudian bilas atau mandi...
# Petua Hilangkan Bau Badan dgn Tawas
Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian#bahagian badan yg mudah berpeluh setiap kali lepas mandi... Amalkan setiap hari...
atau
Campurkan tawas yg telah dijadikan serbuk dgn sedikit beras dan gaul rata... Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman... Kemudian bilas atau mandi... Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati...
# Petua Hilangkan Bau Badan dgn Daun Sirih dan Daun Nanas Muda
Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dgn sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh... Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya...
# Petua Hilangkan Bau Badan dgn Timun Muda
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih... Gosokkan pada bahagian#bahagian badan yg mudah berpeluh setiap kali lepas mandi... Amalkan setiap hari...
# Petua Hilangkan Bau Badan dgn Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan
Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dgn air sehingga terendam sepenuhnya... Rebus sehingga mendidih... Campurkan air rebusan dgn sebaldi air bersih... Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi... Amalkan tiga kali seminggu...
# Petua Hilangkan Bau Badan dgn Batang Pokok Kantan
Potong batang pokok kantan pendek#pendek dan tumbuk hingga lumat... Rebus hingga mendidih... Gunakan air rebusan sebagai air mandian... Bilas akhir mandian dgn air bersih biasa...
Hangat Dari Internet Raya:
Petua Menghilangkan Bau Busuk Badan
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?