RESEPI PASTRI CREAMPUFF (1adunan dapat 48 biji macam tu bergantung kepada nozzle)
=========================
Bahan-bahan :
+100 gm butter
+1 cawan air 250ml
+150 gm tepung gandum
+secubit garam
+4 biji telur
+1 sdk esen vanila
===================== ALORA SKINCARE ===================== |
Cara-cara:
+(1). Masakkan butter dalam air sehingga butter cair. Api slow je.
+(2). Masukkan tepung & garam. Ye.Jangan pelik Hahaha. Tutup api terus kacau cepat-cepat supaya air tak tersejat. Kalau lambat nanti air kurang dan adunan jadi keras.
+(3). Dah sebati tu biarkan doh sejuk. Kina nak cepat masuk dalam peti. hahahah.
+(4). Pukul telur dan esen vanilla pakai sudu pon boleh.
+(5). Masukkan telur sket demi sket dalam doh tadi sambil pukul dengan mixer sampai sebati.
* kalau agak2 lembik kurangkan telur.
+(6). Panaskan oven 200 celcius.
+(7). Pipingkan adunan tadi ke atas dulang. (kina pakai nozzle sederhana kecik bentuk bintang 8 bucu, 2 x setengah pusing mende tu)
+(8). RENJIS air sebelum masuk oven. (penting utk die menggebu n mengembang dgn jaya)
+(9).15 min pertama bakar dalam 200 celcius, kemudian turunkan suhu 180 celcius selama 15-10 min bergantung kepada oven. (Jangan selalu buka oven nanti tak naik gebu)
+(10). Dah siap, belah sket dan pipingkan inti kastad.
Hangat Dari Internet Raya:
RESEPI PASTRI CREAMPUFF LEMBUT GEBU
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?