RASEPI TRADISI GULAI ASAM ROM @ ASAM RONG
===========================================
Bahan-bahan :
++1 ekor ayam / 2 kg ikan keli
++30 batang cili api
++2 inci inci kunyit hidup
++1 1/2 genggam rempah asam rong perah
++1 kuntum bunga kantan
++sedikit daun kesum
++1-3 keping asam keping
++pucuk paku
++garam secukup rasa
++air secukupnya (agak2 tenggelam semua ayam/ikan keli tu)
Cara-caranya :
1. Tumbuk cili, kunyit, garam sehingga lumat. Masukkan rempah asam rong perah dan tumbuk agak-agak bercampur je. Tak perlu lumat. Tambah sedikit air untuk jadikan macam pes.
2. Masuk air dalam periuk. Masukkan ayam/ikan keli, masukkan bahan tumbuk. Kacau sebati. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Didihkan atas api sederhana.
3. Bila ayam/ikan keli hampir masak, masukkan pucuk paku. Kacau perlahan jika perlu.
4. Setelah mendidih (ayam/ikan keli dah masak) boleh rasa kot ada tak cukup masin tambah garam 😉
Selamat Mencuba !
Hangat Dari Internet Raya:
RESEPI TRADISI GULAI ASAM ROM @ ASAM RONG
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?