Selasa, 5 Januari 2016

Tips Ajar Anak Mengaji Seawal 3 tahun



#Seawal-awal umur anak yang mampu & boleh mengenal serta mengingati huruf ialah dalam lingkungan 3-4 tahun bagi yang tiada langsung menerima dorongan daripada rumah (zero daripada ibubapa)... Berbeza bagi yang anak yang selalu menerima pengajaran & dorongan sejak bayi oleh ibubapa... Lebih awal anak-anak dirangsang, lebih cepat mereka mahir dalam satu-satu perkara...

#Jika kerap kita memberinya menonton Oppa Gangnam Style, mereka akan cepat belajar menari... Jika kita kerap memberinya mendengar nyanyian Alif Ba Ta, makin cepat mereka belajar mengaji... Pilihan di tangan ibubapa sepenuhnya... Apabila mereka sudah besar, pilihan bukan sepenuhnya lagi milik ibubapa...

Langkah & Prosedur :

+1... Ajarkan anak cilik mengenal huruf hijaiyyah dalam bentuk yang menyeronokkan & santai melalui penggunaan kad imbas... Tidak perlu terlalu serius hingga harus duduk diam menghadap buku... Boleh dilakukan sambil bermain...

** Nota tambahan : Jika anak tidak boleh menerimapakai cara kad imbas, sesuatu harus dilakukan oleh ibubapa kerana kanak-kanak normal boleh belajar & lebih suka belajar menggunapakai kad imbas... Intervensi awal sangat baik untuk diri & perkembangan pembelajaran anak-anak...

+2... Mengajar sambil membuat cerita dgn imaginasi untuk menjadikan P&P lebih menyeronokkan sama perasaannya seperti menonton kartun atau memberinya makan terlebih dahulu (jika anak masih kelaparan) sebelum mengaji...

+3... Jangan memaksa anak-anak mengaji jika tidak mahu... & tidak perlu menggertak mereka...

+4... Beri anak-anak masa & sedikit ruang untuk mengenali betapa seronoknya belajar Alif Ba Ta & mengapa mereka perlu belajar membaca Al-Quran bagi orang Islam...

Fenomena produk kecantikan terkini
======================
A L O R A S K I N C A R E
======================


Tips : #Selepas mengajar anak mengenal huruf hijaiyyah yang tunggal sebagai asas bacaan, ajarkan anak bagaimana untuk menulis pula... Dica&gkan penggunaan pensel & kertas atau papan putih & marker yang di khaskan untuk mereka bagi tujuan belajar mengaji... Mereka akan menjadi lebih teruja kerana mereka memiliki alatan khas sendiri untuk menulis seperti orang dewasa...

#Melalui hafazan, anak-anak cilik boleh mengenali huruf-huruf di dalam Al-Quran... Melalui hafazan, anak-anak cilik mampu mengingat & menghafaz kebanyakan Surah di dalam Al-Quran... Hanya melalui tulisan & hafazan, anak-anak beroleh ilmu melalui pengalaman yang akan memberikan mereka kefahaman yang lebih mendalam mengenai apa yang dihafaznya...

#Jika anak-anak masih tidak suka & tidak mahu belajar mengenal huruf hijaiyyah, biarkan dia... Ajaknya bermain... Semasa bermain boleh mengajarnya menyebut Alif Ba Ta sehingga Ya bersama-sama... Lebih seronok disampaikan dalam bentuk pengulangan nyanyian yang santai tanpa mengira masa...

Kesimpulan :

*Untuk anak berumur di bawah 1 tahun, biasakan dia mendengar orang mengaji & membaca Al-Quran...

*Untuk anak berumur 2 tahun, biarkan dia bermain sambil mengikut bacaan 'rakan sebayanya' (baca : adik beradik) yang sudah tahu membaca... Atau bermain sambil membaca melalui kad imbas...

*Untuk anak berumur 3-4 tahun, apabila sudah mengenal huruf tunggal & baris-baris asas, mulakan dgn mengajarnya membaca Iqra' atau Muqaddam atau mana-mana buku bacaan yang lain...

*Lihat prestasinya... Jika boleh terus membaca Buku 1 / Iqra' 1, jalan terus! Jika belum, jangan memarahinya kerana tersilap huruf atau tidak tahu huruf... Pandu membunyikan huruf yang betul sahaja... Tidak perlu diperbesarkan kesalahannya... Lama-kelamaan, dia pasti boleh mengingat apa yang betul...

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Tips Ajar Anak Mengaji Seawal 3 tahun
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?