Ahad, 7 Februari 2016

RESEPI APAM SUSU MILO SIMPLE MUDAH DAN SEDAP


APAM SUSU MILO 
===============================

Bahan-bahan:

[''] 4 biji telur gred B
[''] 1 sudu teh esen vanila
[''] 1 sudu besar ovalate
[''] 1 cawan gula pasir
[''] 4 sudu besar susu pekat
[''] 2 cawan tpung gandum (diayak)
[''] 6 sudu besar Milo + 4 sudu besar Milo = 10
[''] Pewarna hijau (ikut kesukaan)

Cara-cara:

1.  Gunakan blender , campur kesemua telur,esen vanila, ovalate, gula dan susu pekat dan blend sehingga halus dan kembang... Tuangkan ke dalam bekas...

2.  Masukan tepung dan gaul secara kauk balik sehingga rata...
3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian kepada warna hijau, dan satu lagi bahagian masukkan 4 sudu besar Milo...

4.  Ambil loyang dan jangan lupa untuk sapu majerin pada bahagian bawah dan tepi loyang, untuk mengelakkan ia melekat...

5. Masuk adunan hijau separuh, kemudian masukkan kesemua adunan yang ditambah Milo...

6.  Kemudian taburkan 6 sudu Milo dan seterusnya kesemua adunan hijau yang masih berbaki separuh tadi ke dalam loyang...

7. Gunakan cover plastik untuk tutup bahagian permukaan loyang untuk elak air wap menitik atas kek...

8. Panaskan pengukus, dan kukus selama 45 minit – 1 jam... Sebelum angkat cucuk dulu dengan lidi, kalau ada adunan melekat pada lidi maknanya belum masa... Biar sehingga masak... :)

Kalau taknak guna Milo, boleh je olah resepi ni ikut kesukaan anda... Lepas ni nak cuba selitkan coklat cadbury dalam apam kukus ni... Agak-agak sedap tak?

SELAMAT MENCUBA!

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

RESEPI APAM SUSU MILO SIMPLE MUDAH DAN SEDAP
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?