MEE REBUS UDANG KETAM
========================
BAHAN:
[+] 1 bungkus mee – cuci 3 kali dan celur (sis didihkan air, tuang atas mee yg
diletak dlm besen, gaul 2 minit je dan sejatkan...... tak suka lama nanti mee
kembang)
[+] 300g daging – potong kiub dan rebus hingga empuk...
[+] 3 ekor ketam – cuci dan belah 2
[+] 600 g udang – sederhana besar (nak besar lg pun boleh...... hehe)
[+] 3 biji ubi keledek – direbus dan dikisar halus...
[+] 1 senduk kacang tanah kisar
[+] 4 sdm sos cili
[+] 4 sdm sos tomato
Bahan kisar:
[+] 25 biji cili kering
[+] 3 biji bwg besar
[+] 5 biji bwg putih
[+] Segenggam udang geragau
Bahan hias:
[+] Tauhu goreng yg dipotong dadu
[+] Cili merah dihiris nipis
[+] Bwg goreng
[+] Daun sup
[+] Limau kasturi
Cara:
1. Tumis bhn kisar hingga wangi dan pecah minyak...
2. Masukkan air rebusan daging bersama2 dagingnya... Kacau dan biar mendidih...
3. Masukkan sos cili dan sos tomato, garam, sedikit bhn perasa... Biar mendidih...
4. Masukkan ubi keledek kisar utk memekatkan kuah dan kacang tanah... Biarkan mendidih sekali lagi...
5. Masukkan ketam dan udang... Masak dlm 5 minit je lagi atau kuah mendidih, rasa masin manisnya... Siap...
** utk hidang: masukkan mee ke dlm mangkuk, curahkan kuah ke atasnya dan hias......
SELAMAT MENCUBA!
Hangat Dari Internet Raya:
RESEPI MEE REBUS UDANG KETAM PADU
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?