Cara Membuat Rojak / Pasembur
Bahan Cucur (Keras):
+ 1 1/2 cawan tepung gandum
+ 1/2 camt serbuk penaik
+ 3/4 camt garam
+ 1/2 camt gula
+ 155-165 ml air
+ 1 labu bawang besar, dicincang halus
+ 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
+minyak untuk menggoreng
[+] Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh... Tutup dengan tuala dan biar 1 jam... Gaul dengan bawang dan cili... Bentukkan 7...5 cm panjang, 2 cm lebar... Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik... Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan... Hiris sebelum digunakan...
Bahan Cucur (Lembut):
+ 1 1/3 cawan tepung gandum
+ 1/4 camt serbuk penaik
+ 1/2 camt serbuk kunyit
+ 1 camt gula
+ 1/4 camt garam
+ 125 ml air
+ 1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati... Biar selama 1 jam... Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata... Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah...
Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
+ 450 gm keledek - direbus empuk
+ 2.5 liter air
+ 2 camt serbuk cili
+ 3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
+ 1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
+ 2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
+ Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus...
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan...
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati
Bahan Sampingan:
+ tauhu goreng
+ sengkuang
+ timun
+ kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
+ telur, direbus & dihiris
Hangat Dari Internet Raya:
RESEPI ROJAK / PASEMBUR ENAK
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?