TIPS & CARA MEMBUAT ROTI
#Roti antara paling susah nak blajar, berapa kali give up buat roti tak jadi...
Masalah utama roti ialah roti keras keng, biasanya 100 resepi roti dekat internet, 1 je yang betul-betul boleh diguna pakai...
#Sebenarnya semua adunan sama tak kesah nak uli pakai mixer, bread maker (BM) ataupun uli guna tangan...
Jom kita belajar step by step buat roti, boleh ucap selamat tinggal pada roti yang keras...
Bahan2 :
[+] 400g Tpg H...Protein
[+] 100g Tpg Gandum / Tpg Rose
[+] 10g Improver
[+] Ayak bahan atas ni dan tuang dalam mangkuk...
[+] 11g Yis Saf Instant
[+] 100g Gula
[+] 50g Susu Tepung
[+] Tuang je dekat tepung yang dah diayak tadi...
[+] 250g Susu sejuk
[+] 2 biji telur
#Tuang dalam bekas tadi lepastu dah boleh uli, terpulang nak uli guna apa... Saya selesa guna mixer, cuma kalau guna hand mixer amat tidak digalakkan...
Telur tak nak letak pun xpe...
Bila agak-agak adunan dah sebati ( sekejap je, tak sampai 1 min ) tuang bahan ni pula :
[+] 50g Margerin
[+] 10g garam halus (wajib halus)
#Uli la sampai kenyal dan elastik, nak tahu kenyal tu macam mana, doh tu jadi licin je, cantik je dekat luar... Masa lebih kurang dalam 10-15 min... Tapi make sure tak terlebih uli, kalau terlebih uli boleh nanges dulu lepastu buang la doh yang lembik tu... uwaaa......
#Lepas doh dah kenyal boleh terus bawa keluar, timbang dalam 30-50g setiap biji dan buat bentuk pilihan...
#Time ni dah boleh preheat oven...
Bila lepas 45min, doh tadi dah kembang semangkuk boleh letak eggwash... Paling jimat spray je guna air, guna spray bunga tu...
Resepi eggwash :
[+] 1biji telur
[+] 2 sudu makan susu segar
[+] Saya slalu tuang lebih susu segar sebab tak nak guna banyak telur...
[+] Sapu egg wash, hias la guna bijan ke, atau apa jela...
[+] Kalau buat roti sosej boleh letak siap-siap sos cili dengan mayo...
[+] Dan boleh bakar... Suhu pulak kalau nak mengajar kena cakap guna suhu 200 darjah celcius, ni suhu standard untuk bakar roti, tapi bergantung jugak oven masing-masing...
Cara mudah katakan kalau suhu kita bakar kek 140, boleh guna suhu untuk bakar roti 150... Maknanya lebihkan dalam 10 ke 20 darjah celcius dari kek...
Masa nak bakar letak dekat tengah-tengah oven...
Pastikan :
- api atas bawah
- off kipas
**Bakar sampai roti keperangan, saya tak suka ajar ikut masa... Nak pandai memang kena tengok warna roti... Rujuk gambar roti ni...
Hangat Dari Internet Raya:
TIPS DAN CARA MEMBUAT ROTI
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?