RIO DE JANEIRO, 10 Ogos: Ketika acara platform berirama 10 meter selesai, penonton yang menonton acara itu di venue terjun Olimpik menjadi bingung apabila warna air di dalam kolam yang digunakan untuk acara tersebut mula menjadi hijau keruh.
Difahamkan, warna air itu berbeza jika dibandingkan dengan warna pada hari sebelumnya dan juga berbeza dengan warna biru di kolam kedua yang akan digunakan untuk kejohanan polo air di Pusat Akuatik Maria Lenk.
Penerjun Britain, Tom Daley yang memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform papan anjal lelaki, memuat naik di laman Tweeter gambar kedua-dua kolam sebagai perbandingan dan menulis: "Ermmmmm, ...apa terjadi?!"
Penganjur dalam satu kenyataan berkata pihaknya sudah melakukan ujian air dan hasilnya mendapati ia tidak mendatangkan sebarang risiko kepada atlet.
Mereka bagaimanapun gagal menjelaskan mengenai perubahan warna air kolam tetapi berkata ia sedang disiasat.
"Kami tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi
"Dan kami tidak tahu lagi mengapa kolam berubah warna."، kata jurucakap penganjur Mario Andrada.
Sumber : BH Online
Hangat Dari Internet Raya:
Orang Ramai Bingung Air Kolam di Rio Tiba-Tiba Jadi Hijau
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?