Bila mendidik anak, ada ibu bapa akan meletakkan tanggungjawab itu ke bahu guru, dari pra sekolah sampai mereka boleh membaca, dan ada sesetengah ibu telah memulakan pendidikan awal untuk anak-anak dari kecil dengan membeli mainan berbentuk pembelajaran.
Namun ada yang mengatakan mereka telah mencuba, tetapi anak seperti tidak berminat atau cara mereka tidak berkesan.
Jadi bagaimanakah caranya untuk kita mendidik anak dengan mudah di rumah? jom kita baca perkongsian Encik Matt ni.
1) Dakwah.
Didik anak2 kita bercakap tentang dakwah. Semua nabi di hantar untuk kerja dakwah, sekarang zaman dimana tiada lagi nabi dihantar untuk buat kerja dakwah. namun kerja dakwah perlu di teruskan, tidak terhenti pada zaman nabi sahaja. Untuk datangkan kebaikan dalam diri kita dan anak2, wujudkan suasana dakwah, jadikan setiap kita DA'I .Salah satu dakwah adalah ajak anak2 solat awal waktu, ajak mereka ke masjid. Ajar anak bercakap perkara-perkara kebaikan. Ajar anak kita untuk dakwah sesama mereka, bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah s,w.t.
"MUDHORAT DAN MANFAAT DATANGNYA DARI ALLAH, SIHAT DAN SAKIT DATANGNYA DARI ALLAH, REZEKI BUKAN DATANG DARI MAK AYAH TETAPI DARI ALLAH".
2) Ta'lim wal ta'lum (belajar dan mengajar)
Setiap hari ajar anak ilmu agama, baca hadith secara berterusan dalam rumah. Tutup tv, tv HP. Fokus kepada majlis ta'alim. Ayah wajib menuntut ilmu agama. Ilmu untuk betulkan solat, ilmu tauhid , ilmu fiq etc. Apa yang kita dengar dan belajar di masjid, bawa balik ke rumah, ajar anak2 apa yang kita belajar di masjid. Ayah wajib ajar anak isteri solat dengan betul. Luangkan masa untuk ajar dan lihat anak solat dengan betul (Rukun dalam solat) . Muzakarah sifat sifat sahabat nabi s.a.w.
3) Ibadat
Terapkan dalam diri kita dan anak2 perbanyakkan ibadat. Perbanyakkan ZIKIR, perbanyakkan SELAWAT. Bagi masa setiap hari untuk baca Al quran. Sorang alim kata, jika tak mampu untuk baca Al quran, pegang al quran cium, insyallah lepas cium akan rasa nak baca al quran.
Perbanyakan solat2 sunat. Dengan berbanyakkan solat sunat, akan mudah untuk datangkan khusyuk dalam solat fadhu. Solat awal waktu di mana azan dilaungkan. Pesan orang alim untuk wanita, solat awal waktu, dengar azan terus bersedia diatas sejadah. Habis azan terus solat. Solat untuk wanita adalah dirumah.
4. Khidmat.
Didik diri kita dan anak untuk khidmat kepada diri. Tunaikan hak diri kita. MENCEGAH diri dari penyakit , jaga pemakanan, jaga kebersihan diri, memakai pakaian yang kemas, bersih dan cantik. Kadang2 kita lupa untuk khidmat kepada diri sendiri. Hari2 nasihat orang jaga pemakanan yang sihat, sedangkan kita sendiri tidak jaga.
Khidmat untuk mak ayah. Setiap hari atau setiap minggu call mak ayah, Tanya khabar mereka. Kalau boleh barang dapur atau keperluan asas mereka setiap bulan kita sediakan. Pastikan kita tidak susahkan mereka untuk keluar membeli barang2 tesebut. Jika mereka bersama kita, hari2 khidmat untuk mereka. Ajar anak2 kita untuk khidmat kepada atuk mereka. Picit2 badan mereka, layan mak ayah kita lebih dari layan seorang RAJA. Hormat mak ayah kita lebih dari seorang RAJA. Ada waktu lapang didik anak2 kita untuk khidmat bersihkan rumah, bersihkan pakaian , gosok pakaian mereka sendiri. Terapkan dalam diri anak2 kita dengan sifat khidmat, bukan sifat 'arahan' . Ceritakan kepada mereka ganjaran 'khidmat'.
Jika 4 perkara ini wujud di dalam rumah kita, insyallah kemana mereka(anak2) pergi. 4 perkara ini akan sebati dengan mereka. Tidak susah untuk hidupkan agama dalam diri setiap anak kita. Wujudkan terlebih dahulu suasana agama di dalam rumah, matt yakin, Allah s.w.t akan jaga mereka di mana mereka berada.
Moga bermanfaat.
- Encik Matt
- Siakapkeli.my
Hangat Dari Internet Raya:
Wajib Amalkan 4 Perkara Penting Ini Di Rumah Untuk Mendidik Anak Supaya Lebih Berkesan
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?