Budak lelaki berumur 5 tahun yang bernama Morgan Bishop ini menghidap penyakit kulit Eczema yang serius di mana menghalang tumbesarannya serta menjejaskan keadaan kesihatannya. Morgan yang tinggal di Tadworth, U.K menderita masalah seperti alahan kepada makanan, sesak nafas, sakit kulit yang kronik dan lebih menyedihkan dia terpaksa menanggung semua kesakitan ini di usia yang muda.
Eczema merupakan sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah penyakit yang diwarisi dari ahli keluarga yang lain. Ibu kepada Morgan, Dana Bishop juga melahirkan rasa sedihnya apabila baru-baru ini doktor mengesahkan anaknya itu menghidap penyakit buah pinggang.
Kulit anaknya kelihatan seperti dibakar asid dan Morgan tidak dapat menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak yang lain.
“Kami sekeluarga seperti kehilangan Morgan kerana penyakit Eczema yang dihidapnya” jelas Dana tentang keadaan anaknya itu. Imej yang diambil dari Facebook milik keluarga ini menunjukkan begitu serius dan kronik penyakit kulit Eczema ini.
Pada hari lahir yang ke lima, Morgan memberitahu ibunya dia sanggup mati dan tidak tahan lagi menanggung derita penyakit ini. Luluh hati ibu ini apabila anaknya meluahkan permintaan seperti itu.
Keluarga Morgan telah menubuhkan sebuah tabung bagi mendapatkan dana untuk mendapatkan rawatan kulit anaknya di Avene Hydrotheraphy Centre, France yang yang menelan belanja sebanyak 13 ribu Us Dollar. Ramai yang telah menghulurkan sokongan serta bantuan kepada keluarga ini dan mereka akan menggunakan dana ini sebaik mungkin untuk membiayai keperluan Morgan seperti rawatan terapi, sistem penapis air untuk kulit sensitif dan bermacam-macam lagi.
Sumber dari Facebook Morgans Mission
Kredit : sajakongsi.com
Hangat Dari Internet Raya:
Alllahuakhbar ! Simpati Atas Nasib Kanak-kanak Ini..Anak Kecil Ini Merayu Untuk Mati Kerana TIDAK Ssnggup Menanggung Penyakit Yang Di Hadapi...
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?