Tak sampai 5 minit, seorang lelaki Arab bertindak menceraikan isterinya gara-gara ayah kepada wanita tersebut meminta wang hantaran terlalu tinggi.
Menurut laporan akhbar Emirates247, lelaki berusia 20 tahun itu yang baru sahaja menandatangani sijil perkahwinan, meminta untuk membatalkan serta-merta.
Sebelum itu, pengantin lelaki tersebut berasa tertekan kerana bapa wanita berkenaan memaksanya untuk membayar sebanyak Dh76,000 (RM85,800) sebagai mas kahwin.
Selepas lima minit, lelaki tersebut meminta untuk membatalkan perkahwinan dan semua tetamu yang hadir terkejut.
Dia kemudian berdiri dan memberitahu punca sebenar perkahwinan itu dibatalkan. Dia juga percaya, mas kahwin yang dikenakan terlalu tinggi.
Bapa pengantin wanita cuba memujuk, namun lelaki tersebut bertindak menceraikan isterinya di hadapan puluhan tetamu yang hadir.Sumber : Hanasuva
Hangat Dari Internet Raya:
Padah Hantaran Terlalu Tinggi,Lelaki Ini Ceraikan Isteri nya Yang Baru Dikhawini Dalam 5minit...
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?