Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan

Isnin, 30 November 2015

Anak Dihalau Dan Disimbah Air Oleh Ayah Bila Datang Ke Rumah Untuk Minta Jadi Wali

Memalukan apabila seorang Ayah iaitu seorang Pendidik menghalau anak yang datang ke rumah untuk meminta ayahnya mejadi wali untuk pernikahannya. Anak dihalau dan disimbah air sebanyak 3 baldi. Difahamkan bakal pengantin itu datang ke rumah lamanya yang didiami oleh ayahnya dan ibu tirinya.


Video di bawah yang berdurasi selama 3 minit ini dimuatnaik oleh Wartawan Jalanan mampu menjelaskan lagi apa sebenarnya yang berlaku. Video viral ini mendapat reaksi daripada netizen yang kebanyakkannya mengutuk lelaki yang juga seorang cikgu melakukan sebegitu rupa kepada anaknya. Saksikan!!

Khamis, 8 Oktober 2015

Peninju Terberak Semasa Perlawanan Berlangsung Secara LIVE

SEORANG peninju Mixed Martial Arts (MMA) menempuh detik paling memalukan yang sukar dibayangkan boleh berlaku pada seorang manusia bertubuh gagah sepertinya.. terberak di khalayak ramai!

Kejadian memalukan ini dirakam ketika dua peninju sedang bertarung dalam acara ‘Ruckus in the Cage’ di West Virginia, AS.



Peninju kategori Heavyweight, Daniel Cooper dan Travis Woolford sedang bergumpal apabila Cooper berjaya ‘mengunci’ Woolford.

Malangnya tekanan yang diterima mungkin tak dapat diterima dengan baik oleh tubuh Woolford hinggakan dia mula melepaskan hajat dalam gelanggang, pada waktu itu juga.

Perkara ini diketahui semua orang apabila Woolford bangkit berjalan lalu najisnya bertaburan.

Akibatnya pertarungan terpaksa dihentikan untuk kerja pembersihan gelanggang.

Promoter acara berpengalaman Chris Smith memberi komen, “Semua orang bercakap tentangnya sampai sekarang. Saya tak pernah tengok perkara sejijik selama bertahun-tahun terlibat dalam karier ini.”

Apapun tak payahlah pelik sangat sebab bak kata orang tua-tua… ‘shit happens!’ – MYNEWSHUB.CC

Sabtu, 2 Jun 2012

Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus Ketika Himpunan Hijau di Stadium Darulaman


Berikut adalah video-video ceramah/kuliah Asar yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darulaman, Kedah pada 1 Jun 2012.


Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Part 5







SZ : Pertama kali dapat dengar ceramah UAI secara live.

Selasa, 29 November 2011

The Message - Filem Terbaik Tentang Dakwah Rasulullah [Video]

The Message - Filem Terbaik Tentang Dakwah Rasulullah [Video]

Filem bertajuk ‘The Message’ arahan Moustapha Akkad adalah filem evergreen yang dihasilkan pada 1976. Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Rasulullah SAW secara ringkas, bermula dari dakwah secara bersembunyi di Makkah, peristiwa hijrah, perang Badar, perang Uhud, perjanjian Hudaibiah hinggalah peristiwa pembukaan Makkah. Penggambaran filem tersebut telah dilakukan selama hampir 5 bulan di Libya dan Morocco.

Filem ini bukan sekadar menarik perhatian, malah menyentuh hati dan perasaan serta pasti menitiskan air mata terutama pada babak terakhir filem tersebut. Walaupun begitu, filem ini tidak memadai dijadikan rujukan kepada kisah insan mulia, Nabi Muhammad SAW. Buku-buku sejarah yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan kitab-kitab hadith mesti dijadikan rujukan untuk mengetahui kisah yang terperinci lagi sahih tentang jalan hidup Baginda.

ikuti ulasan lanjut mengenai filem ini di blog muzir.wordpress.com


Isnin, 28 November 2011

Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas - Dr Haron Din

Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas - Dr Haron Din

Kisah Dato’ Dr. Haron Din memindahkan sekumpulan jin menggunakan beberapa buah bas pernah hangat dulu dan masih diperkatakan sehingga sekarang. Mungkin beliau pernah membuat penjelasan sebelum ini. Kini dengan adanya teknologi internet, penjelasan lebih mudah disebarkan kepada ramai. Berikut adalah penjelasan Dato’ Dr. Haron Din tentang kisah tersebut:


“Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu.” – Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Semoga dengan penjelasan ini, masyarakat yang mengagumi dan menyayangi Dato’ Dr. Haron Din tidak lagi menggunakan kisah tersebut untuk dijadikan modal ceramah dan perbualan. Berpada-padalah dalam mengagumi manusia selain Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Dan buat sebahagian ahli masyarakat yang tidak menyenangi beliau, harapnya penjelasan ini memberhentikan tohmahan dan kutukan berkaitan kisah ini. Semoga kalian dapat mempelajari pengajaran bahawa memeriksa sesebuah cerita itu dari tuan punya badan adalah penting sebelum kalian ingin membantai dan mengkritik.

Isnin, 24 Oktober 2011

Ujian Pelanggaran Kereta Paling Pantas Di Dunia

INI merupakan gambaran saat genting di mana sebuah Ford Focus menghentam sebuah dinding konkrit pada kelajuan 120 mph (192km/j) di dalam satu ujian pelanggaran paling pantas di dunia.


Pakar keselamatan lazimnya melakukan ujian pelanggaran hanya pada kelajuan 40 mph (64 km/j) di dalam menentukan tahap keselamatan sebuah produksi kereta.

Namun begitu kita tertanya-tanya apakah akan terjadi jika perlanggaran berdepan (head-on) berlaku pada kelajuan tiga kali ganda kelajuan lazim yang digunakan di dalam penentuan tahap keselamatan sebuah kereta.

Hal ini membawa kepada satu ujian perlanggaran paling pantas di dalam sejarah dunia. Ford Focus ini berubah kelajuan daripada 120 mph kepada 0 mph dalam sela masa 60 mili saat dan akibatnya...


Sebuah besi buruk yang tidak dikenali lagi rupa asalnya. Bayangkan jika anda berada di dalam kereta ini. Saksikan video ekslusif ujian perlanggaran terpantas di dunia ini.


Jumaat, 14 Oktober 2011

Ucapan Sultan Brunei Mahukan Hukum Islam Dilaksana [Video]


BAGINDA Sultan Brunei, juga Yang Dipertuan Agong Brunei di dalam titahnya menyebut "Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu".

Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam. Tambah Baginda: "Kita tidak ada pilihan melainkan untuk taat kepada segala perintah Allah"

Baginda turut bertitah, "tanpa perlaksanaan Hukum Islam, akan menimbulkan persoalan pendirian Brunei terhadap Al-Quran dan Hadis"


Sultan Brunei, bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Hukum Islam di negaranya. Tetapi pemimpin negara kita bersungguh-sungguh mencari alasan untuk tidak melaksanakan Hukum Islam.

Bukan itu sahaja, malah pemimpin kita memberi jaminan tidak akan melaksanakan Hukum Islam (Hudud) walaupun percaya ia Undang-undang Allah SWT dengan alasan tidak berpaksi kepada realiti.

Saksikan pengakuan dan jaminan pemimpin kita di bawah ini.


credit : Milo Suam

Isnin, 26 September 2011