Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Ahad, 7 Februari 2016

TIPS MENINGKATKAT ''MOOD'' DI PAGI HARI (mesti baca!)


Tips Meningkatkan Mood Di Pagi Hari


Segala sesuatu yang terjadi di pagi hari bisa berdampak besar terhadap mood sepanjang hari... Itulah sebabnya mengapa penting untukbelajar bagaimana memulai hari dengan hal-hal yang menyenangkan... Lalu apa yang harus kita lakukan agar sepanjang hari selalu bersemangat?

Berikut beberapa cara singkat untuk meningkatkan mood Anda di pagi hari:

1. Hirup udara segar
Olahraga atau jogging di udara bebas dapat memberikan keajaiban... Lakukan selama lima menit di pagi hari dan rasakan peningkatan mood Anda... Selain itu, cara berkebun juga bisa... Para peneliti telah menemukan bahwa beberapa menit berada di suasana hijau pada pagi hari bisa meningkatkan mood baik Anda...

2. Minum coklat panas atau secangkir kopi
Ini adalah rahasia umum bahwa biji coklat dan kopi sangat membantu memulihkan mood... Secangkir cokelat panas atau kopi di pagi hari dapat memberikan pikiran positif... Selain itu kedua bahan ini juga memilki antioksidan yang baik bagi tubuh...

3. Berpikir positif dan tersenyum
Cobalah untuk menemukan sikap positif dalam segala hal yang harus Anda lakukan, bahkan dalam hal-hal kecil dan cobalah untuktersenyum... Senyuman yang tulus akan mempengaruhi suasana di sekitar Anda...

4. Tidur lebih awal
Untuk bangun dalam suasana hati yang ceria pada pagi hari, jagalah jadwal tidur Anda agar tetap konsisten... Menurut penelitian, orang yang tidur lebih awal akan memiliki energi lebih banyak, pikiran lebih positif, dan lebih bahagia...

5. Masak sarapan sehat
Mulai memasak sarapan sehat... Pilih menu baru yang sehat, dan libatkan pasangan Andapada kegiatan ini... Niscaya hubungan Anda akan lebih terjaga, serta hari Anda akan dimulai dengan sehat dan sempurna...


































SEBAB MENGAPA CINCIN PERKAHWINAN ADA SELALU DI JARI MANIS (BACA SAMPAI HABIS)


Kenapa Cincin Perkahwinan Disarung Pada Jari Manis?

Assalamualaikum......
Kenapa Cincin pernikahan selalu ada di jari manis?...Kenapa tak di letak kan di jari lain......saya pada mulanya juga terfikir dan menjadi tanda soal dalam fikiran... Tetapi setelah baca suatu artikel, menarik juga untuk dikongsikan... Cuba anda ikuti langkah berikut, anda semua pasti akan takjub, kerana ALLAH benar-benar membuat keajaiban atas penciptaan jari-jari kita...

Cuba ikut ‘step’ ni:

1... Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah dilekuk ke dalam (lihat gambar di atas)...

2... Kemudian, 4 jari yang lain di pertemukan hujungnya...

3... Permainan dimulakan, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisah...

4... Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati... Dengan maksud yang sebenar, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti...

5... Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan
adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga pasti akan meninggalkan kita kelak...

6... Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak-anak... Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita...

7... Seterusnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkahwinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan dapat dibuka... Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain... Oleh sebab itu carilah pendamping hidup yang dapat bersama anda selamanya…

#Bagi yang perempuan, carilah lelaki yang soleh yang boleh dijadikan Imam keluarga, bagi yang lelaki carilah perempuan yang solehah yang dapat dijadikan bidadari untuk selamanya hingga di syurga…... Solat berjamaah suami-isteri adalah lambang dimana sebuah keluarga akan utuh hingga di syurga-Nya ALLAH kelak…...... Amiin… InsyaALLAH...

Updated: betul ke semua ni? ada yang komen ada ke di nyatakan dalam hadis atau al-Quran? ada sesiapa boleh tolong jawab? ini hanya perkongsian dari facebook...... Kesahihan tidak dapat di kenal pasti...... Ataupun anda boleh cuba.

Jumaat, 5 Februari 2016

4 CARA PENGGUNAAN MANJAKANI KHAS UNTUK WANITA


MANJAKANI UNTUK WANITA

Buah manjakani boleh beli online atau pun dekat kedai India yang jual rempah...

[=]Cara Minum:
Ambil 3 biji Buah Manjakani basuh bersih2, rebus dgn 3 cawan air sampai air tinggal suku (sampai air bertukar warna)... Biarkan suam, minum... Ulang rebus guna buah yang sama sampai pahitnya hilang baru tukar yg baru... Memang pahit, pahit kan ubat......

[=]Cara Makan:
Ambil sebiji buah manjakani... Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih, bila nasi dah kering, buah manjakani dipotong kecil-kecil masa tengah lembut dan makan bersama nasi... Mkn dgn pisang pun ok jugak...

[=]Cara Sapu:
Buah Manjakani tu basuh bersih lepas tu tumbuk2 kasar, baru kisar smpai jadi serbuk... Lepas tu sapu dkt tuutt......dan basuh... Pun bagus letak dkt bekas jahit bersalin... Cepat sembuh... Pastikan buah dibasuh bersih2 ya!

[=]Cara Basuh:
Air rebusan Buah Manjakani dijadikan sebagai basuhan harian alat sulit anda... Pastikan air tu dah sejuk, jangan panas2 plak... Nanti sakit lain pulak yang datang...

*Ibu mengandung dan menyusu TIDAK berapa digalakkan......kecuali guna Cara Sapu...

BAGAIMANA MERAWAT BATUK & SELSEMA MENGGUNAKAN DAUN KEMANGI (Ambil Tahu)


DAUN KEMANGI MERAWAT BATUK & SELSEMA
==========================================

Daun Kemangi adalah tumbuhan yang gemar tumbuh ketika musim hujan... Daun Kemangi adalah tumbuhan herba nativ di Asia Tenggara yang mempunyai pokok bersaiz kecil...

Tubuhnya dibalut oleh bulu halus yang selamat untuk disentuh... Di dalam bunganya, terdapat biji yang banyak dimanfaatkan oleh masyarakat sebagai bahan pengganti biji selasih... Daun Kemangi juga mempunyai rasa dan aroma khas...Aroma khasnya mengandungi sitral yang tinggi pada daun dan bunganya... Kemangi adalah tumbuhan tahunan yang tumbuh tegak dengan cabang yang banyak... Tanaman ini berbentuk perdu yang tingginya mampu mencapai 100cm... Bunganya tersusun di batang yang tegak...

KHASIAT DAUN KEMANGI:

#Anti Peradangan:
Daun kemangi mengandung zat cineole myrcene dan eugenol yang berperanan sebagai antibiotik semulajadi dalam tubuh... Antibiotik tersebut berperanan penting dalam mencegah terjadinya keradangan pada tubuh...

#Merawat Batuk dan Selesema:
Daun ini mengandungi bahan yang mampu menjauhkan bakteria penyebab batuk dan selsema... Manfaat tersebut boleh anda dapatkan dengan meminum rebusan kemangi... Selain dapat mengelakkan batuk selsema, daun kemangi juga mampu menghangatkan tubuh...

#Menjaga Kesihatan Mata:
Daun kemangi mengandung vitamin A yang mampu menjaga kesihatan mata... Cara menggunakannya adalah dalam bentuk minuman atau boleh juga dimakan mentah bersama nasi... Walaupun vitamin A yang terkandung dalam daun kemangi tidak sebanyak vitamin A dalam lobak, namun jumlah tersebut masih cukup untuk menjaga kesihatan mata...

#Mengubati Keputihan:
Di dalam daun kemangi terdapat kandungan antibiotik semulajadi yang mampu membunuh kuman penyebab keputihan... Selain dapat mengelakkan keputihan, daun kemangi juga mampu menjaga aroma Miss V...

#Mengatasi Bau Mulut Dan Badan:
Mungkin tidak banyak yang tahu, bahawa daun kemangi mampu menyelesaikan masalah bau mulut dan badan... Oleh itu, banyak ramuan tradisional yang melibatkan daun kemangi untuk merawat masalah bau mulut dan badan...

#Menjaga Kesihatan Jantung:

Kegunaan dari tanaman ini adalah sebagai ubat kesihatan jantung... Hal tersebut kerana daun kemangi mengandung betakaroten dan magnesium yang sangat tinggi... Tidak hairan jika dengan mengambil daun kemangi, jantung anda akan tetap sihat...

Khamis, 4 Februari 2016

5 PETUA MUDAH MERAWAT SENGGUGUT (ambil tahu)


Petua Merawat Sengugut

Petua 1:
Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan tumbuk halus... Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid...

Petua 2:
 Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat... Masukkan halia ke dalam segelas air suam... Apabila halia mendap barulah minum air tersebut...

Petua 3:
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya...

Petua 4:
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam... Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan... Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid...

Petua 5:
Semasa sakit ketika haid, amalkan meminum air teh pahit tanpa gula...

KEPENTINGAN MENGAMBIL ASID FOLIC UNTUK IBU HAMIL (PENTING!)



Penting pengambilan asid folic

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil...
Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini?

Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua... Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama...

Apa itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh... Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel... Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru... Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas...

Mengapa ia PENTING?
[=] Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
[=]Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia)...
[=] Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah...
[=] Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

- Sumbing lelangit (cleft palate)
- Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
- Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
- Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Sharing is caring :)

Selasa, 5 Januari 2016

Tips Ajar Anak Mengaji Seawal 3 tahun



#Seawal-awal umur anak yang mampu & boleh mengenal serta mengingati huruf ialah dalam lingkungan 3-4 tahun bagi yang tiada langsung menerima dorongan daripada rumah (zero daripada ibubapa)... Berbeza bagi yang anak yang selalu menerima pengajaran & dorongan sejak bayi oleh ibubapa... Lebih awal anak-anak dirangsang, lebih cepat mereka mahir dalam satu-satu perkara...

#Jika kerap kita memberinya menonton Oppa Gangnam Style, mereka akan cepat belajar menari... Jika kita kerap memberinya mendengar nyanyian Alif Ba Ta, makin cepat mereka belajar mengaji... Pilihan di tangan ibubapa sepenuhnya... Apabila mereka sudah besar, pilihan bukan sepenuhnya lagi milik ibubapa...

Langkah & Prosedur :

+1... Ajarkan anak cilik mengenal huruf hijaiyyah dalam bentuk yang menyeronokkan & santai melalui penggunaan kad imbas... Tidak perlu terlalu serius hingga harus duduk diam menghadap buku... Boleh dilakukan sambil bermain...

** Nota tambahan : Jika anak tidak boleh menerimapakai cara kad imbas, sesuatu harus dilakukan oleh ibubapa kerana kanak-kanak normal boleh belajar & lebih suka belajar menggunapakai kad imbas... Intervensi awal sangat baik untuk diri & perkembangan pembelajaran anak-anak...

+2... Mengajar sambil membuat cerita dgn imaginasi untuk menjadikan P&P lebih menyeronokkan sama perasaannya seperti menonton kartun atau memberinya makan terlebih dahulu (jika anak masih kelaparan) sebelum mengaji...

+3... Jangan memaksa anak-anak mengaji jika tidak mahu... & tidak perlu menggertak mereka...

+4... Beri anak-anak masa & sedikit ruang untuk mengenali betapa seronoknya belajar Alif Ba Ta & mengapa mereka perlu belajar membaca Al-Quran bagi orang Islam...

Fenomena produk kecantikan terkini
======================
A L O R A S K I N C A R E
======================


Tips : #Selepas mengajar anak mengenal huruf hijaiyyah yang tunggal sebagai asas bacaan, ajarkan anak bagaimana untuk menulis pula... Dica&gkan penggunaan pensel & kertas atau papan putih & marker yang di khaskan untuk mereka bagi tujuan belajar mengaji... Mereka akan menjadi lebih teruja kerana mereka memiliki alatan khas sendiri untuk menulis seperti orang dewasa...

#Melalui hafazan, anak-anak cilik boleh mengenali huruf-huruf di dalam Al-Quran... Melalui hafazan, anak-anak cilik mampu mengingat & menghafaz kebanyakan Surah di dalam Al-Quran... Hanya melalui tulisan & hafazan, anak-anak beroleh ilmu melalui pengalaman yang akan memberikan mereka kefahaman yang lebih mendalam mengenai apa yang dihafaznya...

#Jika anak-anak masih tidak suka & tidak mahu belajar mengenal huruf hijaiyyah, biarkan dia... Ajaknya bermain... Semasa bermain boleh mengajarnya menyebut Alif Ba Ta sehingga Ya bersama-sama... Lebih seronok disampaikan dalam bentuk pengulangan nyanyian yang santai tanpa mengira masa...

Kesimpulan :

*Untuk anak berumur di bawah 1 tahun, biasakan dia mendengar orang mengaji & membaca Al-Quran...

*Untuk anak berumur 2 tahun, biarkan dia bermain sambil mengikut bacaan 'rakan sebayanya' (baca : adik beradik) yang sudah tahu membaca... Atau bermain sambil membaca melalui kad imbas...

*Untuk anak berumur 3-4 tahun, apabila sudah mengenal huruf tunggal & baris-baris asas, mulakan dgn mengajarnya membaca Iqra' atau Muqaddam atau mana-mana buku bacaan yang lain...

*Lihat prestasinya... Jika boleh terus membaca Buku 1 / Iqra' 1, jalan terus! Jika belum, jangan memarahinya kerana tersilap huruf atau tidak tahu huruf... Pandu membunyikan huruf yang betul sahaja... Tidak perlu diperbesarkan kesalahannya... Lama-kelamaan, dia pasti boleh mengingat apa yang betul...