Ahad, 11 September 2011

Debat Profesor Atheist Dengan Pelajar Islam

Seorang atheist yang juga profesor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof : Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar : Sudah semestinya profesor.

Prof : Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar : Ya

Prof : Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar : Ya

Prof : Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik?

(Pelajar berdiam diri)

Prof : Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar : Ya.

Prof : Adakah syaitan baik?

Pelajar : Tidak.

Prof : Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar : Tuhan.

Prof : Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan di dunia ini?

Pelajar : Ya.

Prof : Kejahatan ada di mana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar : Ya.

Prof : Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof : Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dahsyat wujud di dunia ini bukan?

Pelajar : Ya profesor.

Prof : Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof : Sains menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia di sekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Pelajar : Tidak pernah profesor.

Prof : Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar : Tidak pernah profesor.

Prof : Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? RasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar : Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof : Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar : Ya profesor.

Prof : Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar : Saya tidak boleh berkata apa-apa profesor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof : Ya.. Percaya.. Iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar : Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof : Ya.

Pelajar : Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof : Ya.

Pelajar : Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua di dalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar : Profesor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah di bawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar : Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor : Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar : Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof : Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar : Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah profesor itu salah.

Prof : Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar : Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Profesor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangnya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya profesor, adakah prof mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof : Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar : Pernahkah profesor melihat evolusi itu sendiri?

(Profesor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar : Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah profesor mengajar pendapat profesor sahaja? Adakah profesor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar : Ada tak sesiapa di dalam dewan ini pernah melihat otak profesor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar : Ada tak sesiapa yang perasan akan otak profesor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian. Jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah-kulia profesor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof : Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepada saya.

Pelajar : Itulah dia profesor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Kisah benar yang diterjemah daripada English ke Bahasa Melayu. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah kisah benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

Muhammad Ali Jinnah
sumber : email

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Debat Profesor Atheist Dengan Pelajar Islam
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?