Rabu, 14 September 2011

Potong Ibu Jari Kaki Untuk Ganti Ibu Jari Tangan Yang Putus


Seorang penurap jalan di England terpaksa menggunakan ibu jari kakinya bagi menggantikan ibu jari tangannya selepas dia secara tidak sengaja memotongnya dengan gergaji.

Pakar bedah tidak dapat menyelamatkan ibu jari James Byrne yang terputus setelah ia dikejarkan ke hospital pada Disember lepas.

Pakar bedah Umraz Khan telah memberikan idea kepadanya untuk mengambil jari kaki dari kaki kirinya dan dicantumkan kepada ibu jari yang terputus itu.


James, 29, dari Bristol berkata: "Khan telah berusaha untuk menyambung semula ibu jari saya tetapi ia telah rosak teruk, walaupun kita cuba segala-galanya, termasuk menggunakan lintah untuk mengalirkan semula darah, namun ia tidak berjaya.

"Khan berkata kepada saya, Anda akan mempunyai ibu jari walaupun saya terpaksa mengambilnya dari ibu jari kaki anda. Saya fikir dia bergurau, tetapi dia seorang yang serius dan sembilan bulan kemudian ini hasilnya.

Saya tidak risaukan rupanya. Saya hanya gembira kerana ia berfungsi. Kerja saya sebagai seorang penurap akan musnah tanpa menggunakan tangan saya kerana saya tidak dapat mengambil bata tanpa ibu jari, tetapi sekarang saya berharap saya boleh kembali bekerja dalam masa beberapa bulan.

"Saya tidak menyangka ia akan berfungsi, tetapi pasukan pembedahan dan jururawat telah melakukan hasil kerja yang hebat dan penjagaan yang mengagumkan."

Pembedahan yang luar biasa itu telah dilakukan di hospital Bristol Frenchay, yang terkenal dengan reputasi global apabila ia melibatkan kepada pembedahan kompleks.

ibu jari baru.. setelah dicantum ibu jari kaki..

Satu pasukan pakar bedah melakukan pembedahan pada kaki dan tangannya pada masa yang sama. Pakar bedah Umraz berkata: "Ia adalah sesuatu perkara yang jarang dilakukan dan prosedur pembedahan mikro yang amat kompleks melibatkan mencantum semula tulang, saraf, arteri, tendon, ligamen dan kulit dari kaki ke tangan.

"James akan belajar untuk mengimbangi badannya semula, tanpa ibu jari kaki kiri,, tetapi dia akan dapat berjalan dan berjoging seperti biasa."

James kini akan menjalani fisioterapi untuk memastikan ibu jarinya boleh berfungsi dengan baik.

[sumber]

SZ : Ibu jari tangan lebih penting daripada ibu jari kaki..

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Potong Ibu Jari Kaki Untuk Ganti Ibu Jari Tangan Yang Putus
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?