Jumaat, 15 Jun 2012

Hakikat Yang Perlu Diketahui Berkenaan Pemerintah Syria

Menurut akidah Syiah Nusairi yang menjadi puak pemerintah di Syria sekarang, ketika seorang manusia telah mati, maka ruhnya akan berpindah kepada jasad yang lain sesuai dengan jenis amalan yang mereka kerjakan semasa hidup.

Oleh yang demikian, mereka tidak mempercayai pahala yang akan dibalas dengan kenikmatan syurga dan dosa yang dibalas dengan seksaan di neraka. Mereka juga tidak meyakini adanya kehidupan alam barzakh dan alam akhirat.

Akan tetapi, mereka meyakini bahawa adanya alam ruh yang tinggi di langit yang dihuni oleh makhluk-makhluk yang tinggi lagi mulia iaitu bintang-bintang dan planet-planet. Mereka juga meyakini bintang-bintang dan planet-planet tersebut akan memancarkan cahaya secara berterusan kepada ketujuh lapisan langit.

Bagi mereka, ruh yang jahat (mengikut pandangan mereka) akan berpindah kepada semua benda dan makhluk di alam ini selain daripada manusia. Ruh mereka akan berpindah menjadi batu, pohon, air, garam, benda mati, haiwan.

Mereka meyakini, proses ini akan terus berlaku sehingga munculnya imam ghaib yang terakhir, iaitu Muhammad bin Hasan Al-Askari yang merupakan imam yang kedua belas dalam ajaran Syiah Itsna Asyariyah. Muhammad bin Hasan Al-Askari akan mengembalikan mereka kepada wujud manusia, lalu membunuh mereka hingga darah mereka melimpahi seluruh tempat.

Tidak diragukan lagi, keyakinan dan aqidah mereka terhadap kehidupan alam barzakh, alam akhirat, syurga, dan neraka adalah keyakinan kaum musyrikin dan atheis yang bertentangan dengan Islam. Islam datang untuk menghapus akidah sesat ini daripada terus tersebar.

Jelas sesat dan terkeluar daripada aqidah ahlul Sunnah wal Jamaah. Semoga Allah memelihara aqidah kita semua dan memberi kemenangan kepada rakyat Syria.



ٍSumber : Kitab Al-Harakat Al-Bathiniyah fil ‘Alam Islami, hal. 355-359, An-Nushairiyah hlm. 14-30, Thaifah An-Nushairiyah hlm. 43-55, dan Mausu’ah Firaq Syi’ah, hlm. 116-119

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Hakikat Yang Perlu Diketahui Berkenaan Pemerintah Syria
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?