Pelbagai persoalan telah diterima daripada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu yang berlaku di Syria tentang satu artikel yang disiarkan di dalam Malaysiakini bertajuk "Perangkap anti-Asad Amerika Jerat Pemuda PAS".
*Antara artikel berkenaan pegangan dan aqidah Syiah Nusairiyyah, boleh rujuk Hakikat Yang Perlu Diketahui Berkenaan Pemerintah Syria
Teruskan doa kita, insya-Allah semoga Allah merahmati kita semua.
Berikut adalah antara petikan artikel tersebut dan penjelasan mengenainya :
1) "...Tinggallah Syria menjadi batu penghalang kepada cita-cita untuk menguasai Timur Tengah dan menjamin keselamatan Israel. Bashar Al-Assad tegak berdiri melawan Amerika Syarikat dan Israel yang mahu mewujudkan New World Order..."
ULASAN : Jika diselak sejarah, tidak pernah satu peluru pun yang pernah dihalakan oleh Syria era Basyar kepada Israel walaupun mereka berada berdekatan dengan Israel. Bahkan semasa era Hafiz Asad, Bukit Golan (yang berada disempadan Syria) telah diserahkan kepada Israel dengan percuma dan perkara tersebut menimbulkan kemarahan rakyat dan para ulama' di Syria.
Jadi bagaimana mungkin Syria boleh dikatakan sebagai penghalang kepada Israel dan Barat? Itu baru satu situasi.
2) "..Oleh kerana gagal mewujudkan kebangkitan rakyat Syria melawan Assad seperti di Mesir dan Tunisia, Amerika Syarikat-Israel menaja kumpulan pemberontak bersenjata..."
ULASAN : Ini merupakan tuduhan yang sangat berat dan tidak berasas kepada Tentera Bebas Syria. Hal ini kerana, sudah banyak kenyataan dan pendedahan yang kami bawakan bahawa tidak ada satu pun bantuan yang TBS terima daripada mana-mana kuasa tentera.
Untuk makluman, kami sentiasa berhubung dengan beberapa pasukan TBS untuk mendapat maklumat terkini dan mereka menyebut bahawa mereka juga tidak sesekali bersedia menerima campur tangan kuasa luar. Akan tetapi mereka hanya mendapat bantuan mujahidin luar yang masuk secara individu ke dalam Syria membantu TBS.
3) "....Kita harus bertanya, jika benar rakyat Syria bangkit melawan pemerintahan Bashar Al-Assad, mengapa tidak terjadi demonstrasi besar-besaran seperti di Tunisia dan Mesir? Mengapa pula kebangkitan rakyat Syria dengan menggunakan senjata? Jika tidak ada tajaan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Israel, kumpulan pemberontak tidak akan mampu mempunyai bekalan senjata canggih...."
ULASAN : Pada awal kebangkitan rakyat Syria, memang mereka melakukan perhimpunan secara besar-besaran untuk mendesak rejim Basyar berundur. Akan tetapi, rejim Basyar menggunakan kekerasan kepada rakyat yang bangkit dengan menggunakan pihak Syabbih (tali barut yang berpakaian biasa) dan juga tentera untuk menembak dan membunuh rakyat.
Oleh yang demikian, dalam Islam mengajar umatnya untuk mempertahankan dirinya apabila diserang. Bahkan juga Ijma' Ulama' Dunia dan juga Rabithah Ulama' Syria telah mengeluarkan fatwa bahawa wajib membunuh Basyar ekoran beberapa tindakan ganas yang dilakukan oleh mereka membunuh dan menyembelih rakyat awam.
Logikkah apabila kita dibunuh dan disembelih, kita berdiam diri tanpa mengambil inisiatif untuk mempertahankan diri? Oleh kerana itulah, pada pertengahan kebangkitan mereka, mereka menubuhkan Tentera Bebas Syria untuk melindungi dan menyahut seruan jihad melawan rejim Basyar.
4) "...Syria sekutu rapat Iran di Timur Tengah. Apabila Syria dapat dikuasai, dengan mudah Hamas dan Hezbollah dihapuskan sekali gus melemahkan Iran..."
ULASAN : Iran bukanlah ancaman buat AS, tapi sebenarnya sekutu yang paling dipercayai di Timur Tengah. AS-Israel tidak akan sampai bila-bila pun menyerang Iran walaupun terang-terangan mereka membangun senjata nuklear. Kerana apa? Kerana Iran sebenarnya sekutu rapat AS (walaupun ditonjolkan sebagai anti-AS).
Cuba bawakan kepada kami sudah berapa operasi yang dilakukan oleh Iran mahupun Hizbullah untuk menghalau Israel daripada bumi Palestin? Dan HAMAS pula telah menukarkan pusat operasinya yang pada awalnya berada di Syria ke tempat lain ekoran tidak bersetuju terhadap tindakan ganas yang diambil oleh rejim Basyar terhadap rakyatnya.
Gerakan HAMAS mengakui telah menasihati rejim Syria agar tidak mengasari rakyat pada awal kebangkitan, tetapi ia tidak diendahkan oleh rejim tersebut seperti yang dinyatakan oleh jurucakap rasmi pergerakan tersebut, Sami Abu Zuhri.
Sebelum itu juga, Ketua Biro Politiknya Khaled Mash'al menolak untuk bertemu dengan Basyar walaupun diatur oleh Ketua Perisikan negara itu. Wajar disebutkan, pendirian HAMAS juga jelas apabila menolak untuk menandatangani kenyataan beberapa kumpulan Palestin yang menyokong Basyar dan menolak menyertai himpunan menyokong Basyar yang diadakan di khemah-khemah pelarian Palestin sebelum daripada ini.
5) "..Jangan kerana terlalu ekstrim dengan mahzab Sunnah Wal Jamaah, kita terpengaruh dengan agenda Amerika Syarikat-Israel untuk mewujudkan new world order..."
ULASAN : Kenyataan penulis ini sangat diragui. Ahli Sunnah wal Jamaah bukan Mazhab, tetapi pegangan dan i'tiqad. Isu ini bukan pertembungan mazhab beraliran dan yang bertopengkan agama, tetapi ia pertembungan antara Iman dan kufur. Bagaimana boleh tentera pro Bashar memaksa rakyat Syria sujud dan menyatakan kalimah kufur "laillahaila bashar".

Nasihat :
1. Dapatkan maklumat daripada sumber primer untuk memahami situasi yang berlaku.
2. Rujuk juga tulisan-tulisan berbahasa Arab untuk tahu situasi sebenar. Kalau rujuk tulisan dari Barat semata-mata, tidak menggambarkan keadaan sebenar, dan bias.
3. Teruskan gerak kerja kita untuk membantu kebangkitan rakyat Syria dengan doa, sumbangan dan sebaran maklumat kita.
4. Hati-hati dengan anasir-anasir Syiah yang cuba mengelirukan isu yang berlaku di Syria.
5. Tunjukkan sokongan kita kepada mana-mana pihak mahupun NGO yang ingin membantu rakyat Syria.
6. Jika ada sebarang persoalan ataupun kemusykilan, boleh inbox terus ke page FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria . Insya-Allah akan cuba dijelaskan.

Hangat Dari Internet Raya:
Ulasan Berkenaan Artikel "Perangkap anti-Asad Amerika Jerat Pemuda PAS"
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?