Sabtu, 16 Jun 2012

Tolong Beritahu Jodohku

Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya..

Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya..

Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa..

Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa..

Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta..

Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya..

Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga..

Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa..

Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya..

Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya..

Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya..

Tolong tegurkan jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta..

Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga..

Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..

Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..

Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..

Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya..

Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka..

Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya..

Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku..

Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya..

Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua..

Salam sayang..



sumber asal : pesbuk

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

Tolong Beritahu Jodohku
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?