KUIH NAGASARI
===============
Bahan-Bahannya:
[+] 5 biji pisang raja -dibelah dua atau tiga
[+] 1 cawan tepung beras
[+] 2 sudu besar tepung jagung
[+] 5 cawan santan
[+] 2 sudu besar gula
[+] Sedikit garam
[+] 2 helai daun pandan - disimpul
[+] Daun pisang - secukupnya
Cara-cara:
1. Daun pisang dipotong pada saiz ini dan dilayurkan atas api supaya lembut
2. Pisang dikupas kulitnya dan dibelah dua atau tiga
3. Semua tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan dicampurkan.
Kemudian digaul sebati dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk.
Masukkan daun pandan dan dikacau di atas api sederhana besar hingga pekat dan berkilat.
4. Ambil sesenduk adunan tepung dan letak di atas daun pisang.
5. Letak sepotong pisang.
6. Lapis dengan sesenduk adunan tepung.
7. Bungkus kuih dengan melipat kiri dan kanan, kemudian lipat atas dan bawahnya dengan kemas.
Ulang langkah membungkus hingga habis.
Kukus kuih selama 15 hingga 20 minit.
8. Setelah kuih nagasari masak, sejukkan sebentar.Dan siap!
Hangat Dari Internet Raya:
RESEPI KUIH NAGASARI
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?